Siti Undur Diri Bukan Benda Baru Dalam ABP

2 comments
Hari ni, ramai peminat siti terkedu dan terkejut apabila artis kesayangan itu telah pun membuat kata putus bahawa tahun ini merupakan penyertaan beliau yg terakhir utk abp. Difahamkan, Siti mahu berehat sejenak dan beri peluang pada owg baru..


Apapun, ajieb merasakan apa yang dilakukan siti ni bukanlah benda baru. Yelah sebelum ni pelakon hebat Rosyam Noor pun pernah buat perkara yg sama dengan menarik diri. Mungkin punca dan tindakan Siti lebih kurang sama namun penyebab utama tidak siapa tahu..

Hanya Siti dan Rosyam saja tahu kenapa mereka lakukan begini. Bagaimanapun, bagi ajieb..perkara sebegini terjadi apabila mereka berdua sering membolot anugerah yang sama dan banyak menerima dugaan.

Ada baik dan buruknya mereka buat sebegini. namun, kepada peminat SIti..harap terima dengan redha. Bila difikir, perkara sebegini boleh dikatakan menjadi budaya ABPBH terutama sekali buat mereka yg sering menang dalam ABP untuk kategori yg sama..

Siapakah selepas Siti? Mungkinkah Aznil akan turut menyertai Siti dan Rosyam. Yelah, Aznil pun dah banyak tahun menang kategori pengacara TV lelaki popular..

Secara jujur, ajieb rasa populariti ni tidak boleh diduga dan juga tak boleh dibuat apa2..populariti adalah penghargaan peminat buat artis yang disayanginya...Yang penting, jangan pula ada yang bermasam muka dan tak gaul dengan sesiapa yang popular..

Sebenarnya, popular bukan saja pada artis tapi berada dalam sekeliling kehidupan kita. Di sekolah ada pelajar dan guru popular begitu juga di medan selera mesti ada kedai yang popular

Manusia tak boleh lari dari populariti...yang pasti adakala populariti boleh merosak jiwa dan adakala memberi penawar...wah..berfalsafah pulak ye..

Yang penting, ajieb juga rasa sedikit sedih dengan keputusan Siti. Mungkin persaingan sudah tidak ada lagi...
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

2 Response to Siti Undur Diri Bukan Benda Baru Dalam ABP

Anonymous
January 25, 2010 at 2:48 PM

ya allah kenapa kot kot siti berhenti menyertai abp tu?

Anonymous
March 23, 2010 at 11:38 PM

hurm biar btol????
tak kot.....
kisah lama.....
sati masih di ABP kan.......
huhuhuhuhuhu

visit my blog... :)