.

.

Seronok Sambut Merdeka Di Gemas, N9

0 comments
Assalamualaikum, semua apa kabo? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat ye...minggu lepas jadual ajieb begitu busy sangat sehinggakan ajieb sampai tak cukup rehat. Namun, alhamdulillah, itu semua dugaan ajieb untuk menerima rezeki dari Allah di bulan puasa ni..


Oh ye..sebelum terlambat ajieb nak ucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 52...Cakap pasal hari kebangsaan...ajieb kali ini menyambutnya di tempat yang ajieb tak pernah menjejakkan kaki iaitu di Gemas, N9..JAuh jugak tu..tapi ajieb seronok sbb ajieb ditugaskan sebagai hos pd malam itu...

AJieb tidak keseorangan sebab ajieb datang ke sana bersama dengan Obri dan Rini yang menjadi artis jemputan. Selain mereka berdua, Nurul dan Nubhan pun ada sekali...ada 3 lagi artis baru yang join iaitu Khairul Mentor (Kumpulan Evo), In Heart (Akdemi Nasyid) dan Nai'Zle (penyanyi lagu Tari Tirana)..

Ajieb seronok sangat sebab orang gemas memang sporting..Walaupun sambutan tak besar mana tapi konsert pada malam itu di hadiri dun Gemas Iaitu YB Hajjah Zainab yang melancarkan kad keahlian G-Mart.

Oh ye...gambar nanti next time ajieb pun ye..ni ajieb nak kongsi cerita dulu...oklah..nanti ajieb ada masa ajieb tulis lagi ye...ada banyak benda nak kena setelkan...sebelum tu, kepada kengkawan semua hantarlah ucapan raya di perantau r&r dan sertai yok sahur untuk sesi selanjutnya...memang best, kalo tak percaya baca artikel di murai atau tengok Gala TV setiap isnin jam 10.30 malam.

Lagi satu, masuklah Karaoke R&R..ini semua projek ajieb tau..jangan lupa sokong...ok..selamat berpuasa...

widget

Malam Raya di Konti ERA

3 comments

Assalamualaikum semua, nampaknya sekarang ni dah masuk bulan puasa. Kejap je nak beraya tak lama lagi..Cakap pasal raya, tahun lepas Ajieb ada menjayakan salam hari raya dengan XFresh Fm yang sekarang ni terkenal dengan nama XFM.. Masa tu ajieb buat 2 hari sebelum raya bersama dengan Shac.


Tahun ini, AJieb masih lagi diberi peluang menjayakan program ini lagi. Tapi bukan dengan SHac dan XFm. Kali ini, Ajieb terharu kerana radio 1Malaysia ERA FM bagi ajieb mengendalikan segmen salam Perantau ERA bersama murai dengan Cham.


Yang penting, disebabkan segmen inilah ajieb pecah tradisi balik raya pada awal pagi raya iaitu selepas ajieb habis bertugas di konti bermula dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.


Walaupun sedih tapi ajieb akan buat ni semua demi korang semua yang sering support Ajieb, Jadi...janganlah putuskan sokongan itu dengan menghantar ucapan raya di murai ye...Manalah tahu, anda boleh bersembang dengan Ajieb dan Cham pada mala raya itu nanti..



Okaylah selamat berpuasa....


widget

Ajieb dalam program raya AF7

1 comments

Bersama bintang AF7 wanita yang terlibat.

Minggu lalu, ajieb diarahkan untuk membuat coverage shooting drama muzikal raya AF7...ajieb pun berkampung kat melaka bersama 14 budak af7..kalao tak silap hampir seminggu ajieb kat sana....masa kat sana ajieb seronok sangat sebab banyak story yang ajieb boleh kongsi dengan semua orang...kalau nak tahu masuklah kat ruangan R&R murai.com.my (http://www.murai.com.my/oap/RamadhanRaya2009/perantau/main.asp).....macam benda menarik berlaku kat sana...gambar-gambar pun banyak yang lawa...

Sebenarnya, masa kat sana, ada pelakon yang tak jadi datang saat akhir..dan disebabkan ajieb ada kat sana..produser pun minta ajieb ganti pelakon tersebut..jadi ajieb pun kata tak salah...tolong kengkawan...yang penting..dalam cerita ni ajieb kena jadi tunang rubisa af7...jadi orang lurus bendul lagi...

Kelakar sebab ajieb tak pernah dapat watak macam gini..dulu berlakon pun selalu jadi budak kolej..dan jadi orang yang dengki orang...heheheh...masa tengah berlakon tu ajieb kena naik motor dan panjat pokok kelapa..sekarang ni ajieb tak de gambar tu..nanti kalo ajieb dah dapat ajieb kongsi dengan semua k...

Selain berlakon, ajieb pun terlibat dengan video klip raya AF7...yang diselitkan pada mula-mula drama muzikal ni...ajieb tak nyanyi tapi miming je....seronok lah sebab director buat style baru shooting video klip ni...

Sebenarnya..kalo nak cerita banyak yang berlaku sepanjang berada di sana...Kalo ajieb ada masa ajieb kongsi dekat korang lagi ye...ok lah..dalam story ni ajieb ada selitkan gambar ajieb masa buat shooting...

Bersama bintang AF7 lelaki.

Thanks abang lan kerana amikkan gambar ni..memang cantik..btw..untuk video klip ni..baju melayu yang ajieb pakai tu di sponsor oleh butik Isha kat kajang...selain ajieb..butik ni pun sponsor baju Zizi AF7...

Oklah..sebenarnya mood puasa dah semakin puasa...selamat berpuasa..

Tak sangka jumpa pemain MU berdepan

1 comments

Ada gaya peminat bola tak?

Bersama Obri, Aishah dan Qhaud masa latihan MU.

Kalau bercakap pasal bola sepak, ajieb adalah orang yang paling tak sesuai langsung nak cakap. Ajieb ni tak sukan main bola sepak tapi pernah wakil sekolah main bola baling. Kalau dengar pasal bola, Ajieb cuma tahu Mokhtar Dahari pemain lagenda Malaysia. Kalau yang overseas punya pun Ajieb cuma tahu pasal David Beckham, Ronaldo dan Micheal Owen..itu pun sekadar tahu je nama dia orang. Cara dia orang main memang ajieb tak tahu apa-apa.


Dengan Wak..heheh krew Astro.
Sebenarnya, Ajieb cakap tentang bola disebab kan pada 18 hingga 20 Julai lalu, Ajieb terlibat sebagai krew untuk perlawanan bola natar MU dan Malaysia. AJieb rasa hari tu lah ajieb pertama kali tengok bola lepas tengok masa kecil-kecil dulu., Itupun ayah ajieb yang bawak....


Terserempak dengan Aidit Alfian.

Walaupun tak minat, itulah kenangan manis ajieb melihat karenah orang yang tengok bola. Lebih-lebih lagi peminat MU. Ajieb dah ditugaskan untuk bawa artis tengok latihan MU dan Malaysia. Masa tu ajieb bawa Obri, Aishah dan Qhaud.. Masa tu jugak Ajieb terserempak dengan Tam dan Farish..dia orang semua ni memang kaki bola.
Badang amik gambar dari atas stadium. Best tak?

Kemudian, esoknya pula ajieb bawa Lisa Surihani, Nita, Zahid dan Aliff Satar untuk promosi fantasy football kat booth Stadium Astro. Selain mereka bertiga ini, pemandu F1 Malaysia, Alex Yong pun turun padang. Tak sangka besar juga si Alex ni. Ajieb ingat dia kecik je. Tak sangka besar dan tinggi.


Berborak dengan Aliff Satar.

Lepas tu masa nak tengok dan sibuk hantar artis masuk dalam Ajieb terserempak dengan Anuar Zain, Erra Fazira, ENgku Emran dan Deja Moss yang datang tengok bola jugak...seronok juga tengok bola...dapat rapatkan silaturahim juga. Okey lah ..rasanya itu je kot yang ajieb dapat cerita pasal seharian dalam MU....


Nita fokus promosi stadium astro.