.

.

Kenangan Jelajah Era Di Taiping Perak

0 comments


Hai semua, hari ni ..bila ajieb sampai je opis...ajieb pun kemaslah file yang ada dalam server..dalam dok mengemas ajieb terjumpa lah gambar masa ajieb pi jelajah 11 era dekat taiping perak...masa tu artis yang ada antaranya Liyana Jasmay dan Alyah...

Petang sebelum tu, ajieb dengan Liyana Jasmay, Alyah, Kudut (drummer LJ), Hafiz (PA Alyah), Bonie (Photographer murai), Hanif (PR Wakethe baby) dan Ika (PR Metadome) pergilah merehatkan diri mandi air terjun berdekatan dengan hotel...

Memang best dan seronok...tapi mala tu rasa jugalah kepenatan..apapun selamat menonton gambar kami...


Masa tengah tunggu transpot nak bawa kita orang ke air terjun.




Sebelum pergi kita orang pose dulu. Kelakar tak?




Dah sampai pun LJ sempat bergurau..memang syok! Sian Ika.



Tergelak besar LJ...ika tahan apa tu?



Masing-masing tengah teruja nak pi...jalan2


LJ selalu sangat buat lawak..ajieb pun ketawa lah...



Ni dah habis mandi..mak cik mana sebelah alyah...heheh jangan marah hanif.




Semua dah penat..tak layan kamera pun.

Style & pose mana sesuai dengan ajieb?

4 comments
Hai semua...ajieb perlukan bantuan korang la..dalam masa terdekat ni ajieb kene buat photoshoot untuk profile baru ajieb..ajieb tengah runsing nak buat style macam mana..ajieb sekarang ni nak kena belajar pose semula..kalo korang semua ada idea bagi lah tahu ye..kat bawah ni ajieb letakkan pose yang ajieb suka..yang penting..ajieb suka style macam hero-hero korea..tolong ye...

vote ye


Pose 1

Pose 2


pose 3


pose 4


pose 5


pose 6


Pose 7



pose 8



pose 9


pose 10



pose 11



pose 12



pose 13



pose 14



pose 15

Nak Pergi Konsert Siti tak?

1 comments

Dengan ct dan wartawan hebat masa kini iaitu Shazryn, Faizal dan Farihad...




Mood raya dah habis sebab hari raya dah habis..sekarang ni ajieb tengah sibuk dengan microsites kau dan aku...selain itu macam biasalah ajieb juga menjalankan tugas spt biasa...setiap petang on air kat era bagi gosip..hari biasa pi assignment..dan hari ini  ajieb pi lah pejabat artis yang ajieb suka saper lagi kalo bukan dato siti...

Ajieb pegi sana untuk kali kedua..dulu ajieb penah pergi masa nak bincang dengan dia pasal nak masuk aksi murai..kali ni pergi sebab dia nak buat konsert tak lama lagi...ajieb teringin sangat nak pergi sebab konsert satu ari tu tak dapat pergi..



Kak Rozi pun posing dengan kita orang..korang memang best..tq ct..

Kali  ni konsert diberi nama konsert seribu warna..dia buat 14 nov ni...selepas pc siti ajak kita orang pi studio baru dia yang nak siap...best juga dapat jadi antara orang yang terawal...sebab tu ajieb dapat bergambar dengan dia.

Siti layan kita orang mcm dia bukan artis no 1di malaysia..best lepas tu siti bagi hadiah dekat kite orang...yang penting, studio tu siti cakap hadiah dari ayahnya untuk dia...banyak cerita kelakar..kalo nak tahu mcm biasalah kat mana lagi kalu bukan murai....

Gerun Sepentas Dengan Orang Popular

1 comments



Termenung Jap Tunggu Majlis tak start lagi.

Semalam iaitu 17 Februari pada raya deepavali, spt yg dirancangkan ajieb ditugaskan menjadi hos untuk rumah terbuka dato' ahmad di bangi..Dato Ahmad ni adalah jiran kepada Mawi..jadi mawi dan ekin pun datanglah..

Majlis malam tu start pukul 830 walaupun pada asalnya kene start kul 745..ajieb kul 6 dah terpacak kat sana..tapi artis yang lebih awal ada kat sana ialah Liena Hangat...Ajieb datang sekereta dengan Yazid AF7...lepas kita orang barulah kumpulan Sinoritas sampai....hehehe..tak kenalkan..tak pelah yang penting dia artis baru...

 
Yazid pun sama termenung..Artis disiplin katanya..Datang awal!!!!


Lepas tu barulah Arnieza Amir, Rem, Dato Ahmad Jais, Dato Ali Mamak, Acapan dan Sabhi sampai...dan yang paling last sampai si cantik tu saper lagi kalu bukan Diana Danielle..


                                     Diana siap pose dengan beg tangan seh...nak promote ke?

Malam tu ajieb macam biasalah kena buat orang tergelak dan mcm2 lagi..Ajieb buat 3 segmen games iaitu Tom Tom Bak, Kelab Pop dan Sehati Berdansa..very the promote astro...staff astro katanya....

Mlm tu juga ajieb berduet dengan Diana dalam lagu My Heart..Yang penting, kebetulan kita orang pakai baju sama warna..tak rancang tau...heheheheh

Mulanya ajieb ingat majlis ni macam biasa je..tapi disebabkan ada 10 artis..dah rasa mcm buat konsert  la pulak..apapun, thank dato dan datin sebab sudi jemput kami semua...




Segmen Sehati Berdansa.Anak Dato yang laki pun kene..

Nak tahu apa lagi yang berlaku? Banyak tapi tak tahu nak cakap macam mana...next time join la ye..Insya-Allah, 31 Okt dan 1 Nov ni ajieb ada show lagi kat Sepang...jom lah join..nanti ajieb dah konpem ajieb postkan details ye...

Selamat Deepavali...dan selamat habiskan raya aidilfitri...

Ajieb Design Kad Jemputan Open House

1 comments

Dah lama tak buat grafik..ni la  jadinya..

Kalau siapa nak tahu..sebelum ajieb jadi wartawan dan pengacara..ajieb adalah pereka grafik..sebab tu kadang2 kje last minute design ajieb yang kene buat...terbaru..untuk kad jemputan open house murai kat atas ni ajieb yang design..tapi tak lah seperffect dulu...

Main buat je..skill pun dah tak laju sangat..ok tak...btw..jangan keliru tau..ajieb hanya design and nak kongsi design ni..sebab kad jemputan ni hanya diberikan kepada orang tertentu saja..jemputan bos buat bukan ajieb..jadi ajieb nak kongsi je lah ye...

Dulu sebenarnya ajieb selalu juga buat freelance design..ajieb ingat nak buat balik la..kekadang tu rindu nak buat design..ajieb juga teringin nak buat kelas lukisan untuk adik-adik kecil..nak buat kelas tuisyen..ok tak?

Dah lama nak buat..tapi tak de kesempatan lagi...

Seronoknya layan orang jaga ubat!

0 comments

Ni gambar masa malam tu..adik apis yang ambik..sebenarnya dah lapar masa ni.

Ha! mesti pelik kan ajieb cakap layan o rang ubat..seperti yang ajieb cakapkan..sabtu lalu..ajieb ada show..ditugaskan jadi pengacara majlis open house pharmaniaga di shah alam...show tu bermula dari kul 6 sampai 12 tgh malam..sepatutnya start kul 5.30 sampai kul 11 tapi disebabkan jalan jem dan orang datang lambat jadi terpaksa lah habis lambat..


Malam tu tak de artis yang perfom..pendek kata memang tak de artis langsung..tapi ramai giler orang datang..mana tak nye..3 kilang pharmaniaga di malaysia bersatu...ajieb pun mengacarakan program seperti yang diminta pada hari semalamnya...masa sesi briefing..

Majlis dimulakan dengan sesi pertandingan karaoke..tapi ada yang tipu dan tak jadi buat pertandingan karaoke raya sebab semua tukar lagu...lepas tu ada pertandingan fesyen dari kanak-kanak..ada yang berani ada yang takut..sampai ajieb kena dukung dan pimpin adik2 kita tu...

Than,,ada pertandingan jangan lupa lirik raya versi pharmaniaga..seronook tapi hanya 3 orang je peserta sebab dah ramai balik dan takut nak ambil bahagian...

Persembahan pula terdiri dari artis pharmaniaga sendiri..ada band dan ada persembahan sketsa madu 3 raya..kelakar la jugak..tapi mereka berani walaupun tak cukup latihan..lepas tu ajieb pun ada menyumbangkan suara dengan duet salah sorang bos besar perempuan...gerun jugak..almaklumlah bos katakan..

Kite orang duet lagu raya seloka hari raya...ajieb pun ada buat sikit games..macam biasa lah..ajieb kalo mengacara tak kena kan orang tak sah..bukannya apa..nak tambah kemesraan...yang paling ajieb seronok..terima kasih pharmaniga sebab jemput..tahun depan boleh lagi ye...

Walaupun malam tu ajieb sepatutnya pergi jemputan umah kawan..ajieb terpksa bekorban demi cari rezeki...sorry lah fiza atau aper....ajieb tak dapat join..selamat hari jadi ye..dan selamat hari raya juga..


Oklah..jumpa lagi..ajieb tengah sibuk buat persiapan rumah terbuka murai pada 15 oktober ni..ajieb pun tengah menghafal lagu ajieb sendiri dan lagu raya Suasana Hari raya..Ajieb diminta berduet dengan Diana Danielle...


widget

Seronok Jumpe Geng Di Open House

0 comments

Sebelum pulang KL, ajieb sibuk menolong mak dan ayah ajieb cucuk satey...Hari Sabtu lepas, ajieb tolong mereka bakar satey kat Bomba JB...5 ribu cucuk...esoknya pula ajieb tolong sikit-sikit saje sebab ajieb nak balik kl...lagi pun ajieb kena wakil mak n ayah pergi wedding pak cik kahwin...seronok..dan rasa macam tak mahu balik..nak tolong mak lagi..

Isnin lalu ajieb start keje...dan semalam ajieb start la pergi open house yang dianjurkan..masa pergi sana ajieb seronok sangat sebab dapat jumpe semua kengkawan media yang dah lama tak jumpa...ajieb pun borak sakanlah..yang penting gosip memang tetap..

Masa majlis tu ajieb jumpe Nadia, Rina, Aishah, Claudia dan Sheila Abdul serta beberapa artis baru yang lain...sebab itulah ajieb sempat bergambar dengan nadia..itupun sebab Digun (Wartawan Sinar Harian) suruh..kata dia baju lebih kurang..ajieb pun ambiklah dengan NAdia...kebetulan ajieb suruh Nadia pose untuk cerita kat murai...

Hari ini pulak, ajieb pergi open house suria fm..pun seronok sebab dapat jumpe kawan yang lain...esok ada lagi...tapi tak ingat pulak kat mana..kalo ikutkan esok ajieb ada show tapi tak jadi...so ajieb fokuslah untuk show sabtu ni kat shah alam..Pharmaniaga...

Sesiapa nak jumpa ajieb datanglah ye...ajieb start ada kat sana dari jam 6 petang sampai 10 malam....Oklah..nanti ajieb update lagi ye,,,

Diva Karaoke Agungkan Nama Artis!

1 comments

Ini pandangan dari luar.
Semalam merupakan hari paling best sebab ajieb dapat lepak dan berkaraoke raya dengan kengkawan sekolah seperti Hajjar Nur dan Tunangngya, Reza dan juga Aina...tak sangka korang memang sporting...Apapun, ajieb nak cerita sikit pasal tempat karaoke yang ajieb pergi malam tadi...sebenarnya tempat ni dipilih oleh kawan ajieb Hajjar yang dengar cerita memang kaki karaoke..dan ternyata dia pandai berkaraoke...



Ini kat tengah2..pintu masuk dan keluar nak pi karaoke..

Yang penting, malam semalam ajieb dibawa ke Diva Karaoke Masai Johor...tempat ni masih baru dan cantik..dan kalo di KL ia lebih kurang Red Box Karaoke...sampai je kat sana ajieb terus ke bilik yang telah ditempah...dan ajieb terkejut nama bilik itu adalah Aaron Aziz...

Bila ajieb belek punya belek..Diva Karaoke ni namakan semua bilik nama artis malaysia dan Indonesia yang popular..

Bagaimanapun, ajieb agak pelik sikit sebab kategori nama artis yang diletakkan jenis bilik...kat bawah ni antara yang ajieb ingat lah ye

Untuk bilik VIP artis yang dipilih namannya ialah Dato Siti Nurhaliza, Mawi, Rita Rudaini dan Dafi...Untuk bilik Deluxe pula kebanyakkan artis indonesia iaitu Ahmad Dani, Padi, Matta..manakala untuk bilik standard pula ialah Aaron Aziz, Faizal Tahir dan Stacy ....

Ada banyak lagi nama artis..tapi yang ni aje yang ajieb perasan...yang penting...ajieb seronok dapat borak dan nyanyi dengan kengkawan sekolah...

Kalo korang tak percaya...korang boleh datang sendiri kat Diva KAraoke ni yang ada kat Masai dan Xtra Johor...pergilah sendiri melihatnya...

TOPIK RAYA: Jejak Kasih Raya!

1 comments

Askum semua..tak sangka ye..sekejap betul masa berlalu...dah hampir 2 minggu kite beraya...dan ajieb rasa raya tahun ni bagaikan yang paling meriah disebabkan dapat reunion jumper kengkawan sekolah..dan yang penting malam semalam iaitu hari rabu (30 September) ajieb telah menamatkan konvoi raya dengan kawan sekolah..

Tak sangka..disebabkan dah lama tak jumpa..masing-masing dah berubah..ada anak yang dah besar dan ada yang dah nak sekolah dah...hehehe..dah tua aku ye...apapun, ajieb nak ucapkan terima kasih kepada kengkawan yang join ajieb beraya iaitu Faizal Ansar, Diyana (Didi), Asnita, Hajar Nur, Aina, Zeupol, Reza..

Kalo korang tak bawa ajieb...mesti ajieb dah sesat and tak tahu umah dia orang semua...apapun, ajieb tak pernah lupakan korang semua yang sentiasa sokong ajieb...BTW, ajieb nak minta maaf kat kengkawan lain yang ajieb tak dapat singgah beraya...almaklumlah...tak cukup masa..

Kalo ikutkan ajieb nak pergi semua..sebab tu ajieb cuti lama..tapi nak buat macam mana...ajieb pun tak tahu nak pergi sendiri..kene mengharapkan kengkawan yang lain..dia orang pun keje...

Yang penting, ajieb dah syukur sangat sebab dapat jumpe and pergi rumah Fara najwa (1 anak), Sellyna (1 masuk 2 anak), Reza, Hafizul Muluq, Aina, Sharina, Asyireen, Cikgu Hafiz, Ungku Zarina (2 anak), Ahmad Reza, Asmah Hani, Hajar Nur (Dah Tunang), Noi (2 anak)...

Korang memang best...Harap tahun depan boleh buat lagi and beraya bersama..kepada kengkawan yang ada nak tukar status khabar kat ajieb ye...ajieb rindu korang semua...yang penting, ajieb masih seperti dulu...

Selepas ni, bermula hari isnin depan iaitu 5 hb Oktober ajieb dah start bertugas dan ajieb pun banyak dapat jemputan mengadakan show hari raya...so ajieb pun kena prepare nak nyanyyi lagu raya...dalam pada itu..ajieb pun akan pergi rumah kengkawan yang ada kat kl..itu pun kalo berkesempatan....

Insya-allah ajieb pun akan buat open house tapi mungkin dah habis raya..mungkin nak buat kenduri doa selamat dan house warming...nanti ajieb akan bagi tahu bile ye..


PS: Kepada yang ajieb tak dapat join Rumah Terbuka Sorry ye..sebab ajieb masih di kampung.