.

.

Terima kasih kawan-kawan semua

0 comments
hmmmm....semakin hari ajieb makin sibuk..sampai nak update blog pun tak sempat..yelah mcm2 ajieb kene buat..almaklumlah puasa dah nak dekat. Ajieb pun baru je pindah rumah...apapun..ajieb nak ucapkan terima kasih teramat sangat kepada semua kengkawan yang mengingati hari jadi ajieb pada 15 julai lalu...


Terima kasih buat adik-adik AF7, rakan sepejabat dan teman-teman PR dari rekoding company. Sebenarnya ajieb nak cerita sikit apa yang ajieb buat pada hari jadi yang lepas. pada 15 julai lalu, kumpulan dari indonesia seventeen yang popular dengan slalu mengalah dah datang ke malaysia...mereka buat pelancaran pada hari itu..


Kebetulan pula, life record minta ajieb jadi mc sempena majlis itu. selepas majlis itu, mereka semua ada majlis karaoke bersama peminat di red box the garden. Ajieb pun di ajak bersama. Mula-mulanya Ajieb kekok sebab tak kenal sangat dengan Seventeen..nasib baiklah sampai sana ajieb jumpa dengan kawan ajieb yang kebetulan datang temani adik kumpulan seventeen yang juga rakannya..

Jadi cerialah ajieb...dalam sibuk melayan dan nak balik dari majlis..tiba-tiba kek hari jadi datang dan rupa-rupanya kawan-kawan pr yang juga ada booking bilik di situ nak meraikan birthday ajieb..terharu sungguh ajieb dan seperti nak nangis...

Segala tekanan yang berlaku pada hari itu hilang seketika dan Ajieb terus teringat saat-saat manis saja. Terima kasih semua pr...tapi kalo nak tahu, suprise kek tu bukan untuk ajieb sorang tapi turut ditujukan untuk Sariah iaitu PR untuk Life Record...


Apapun, Ajieb terharu kerana pada majlis suprise tu kumpulan Seventeen ada memeriahkannya walaupun waktu kek datang mereka sudah pun balik...

Malam tu, lepas dia orang balik banyak juga ajieb nyanyi lagu...lepas tension katakan....dalam pada itu, ada juga kisah tak enak berlaku...ajieb rasa biar ajieb sorang saja yang pendam...

Moga jumpa lagi...bye..

Kwn pr ku bersama vokalis seventeen, irfan (rambut macam noh hujan)

Tahniah Buat Hafiz AF7

2 comments

Pada 14 Julai lalu, Ajieb ditugaskan untuk buat coverage pelancaran album sulung Hafiz AF7. Si juara AF7. Ajieb dah pun dengar semua lagu dalam album tu..semuanya sedap belaka. Dan tahniahlah sebab dalam masa singkat Hafiz dapat buat album. Selain berjumpe dengan Hafiz Ajieb juga dapat berjumpa Aril, Akim, Yazid dan juga Isma. Mereka pun ada kat sana sebab lagu-lagu dia orang semua ada dalam album tu. Masa ajieb jumpe dia orang ajieb rasa macam gadering AF7 saja. Yelah...dah lama tak jumpa dia orang sekaligus. Ada yang antara mereka jumpa masa kat Jelajah ERa saja. Ajieb tengok mereka masih lagi seperti dulu dan masih lagi akrab. Cuma ajieb tengok Akim dah semakin berisi. Yazid dan Aril maitain seperti biasa. Manakala Isma bertambah cantik dan Awek muda. Nak tahu apa yang berlaku masa pc tu? Seperti biasa lah, dia orang semua nyanyi lagu masing-masing. Lepas tu makan dan sesi gambar serta interview..Semuanya best..majlis ringkas tapi menarik.Santai-santai je. Kat bawah ni ajieb nak kongsi sikit gambar yang ajieb amik sendiri. Kalau nak tengok gambar lebih dan cerita lebih lanjut. Sila lah klik di sini ye... http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4461&c=1&s=1..


Syoknya bersama kawan-kawan semua. Happy! (Nyanyi lagu Kak Amy Mastura)

Hafiz nak sign autograph kat kamera..hehehe..nilah reaksinya.


Sebelum tu..ajieb nak ucapkan selamat hari jadi buat bos ajieb ..abang roslen sempena birthday pada 14 Julai. Lepas ni mudahlah nak ingat. Birthday bos Hafiz lancarkan album.

Ajieb berjaga-jaga H1N1

0 comments

Askum...hmm, mesti ramai terkejut tengok foto ajieb kat atas ni kan.Kalau korang semua nak tahu, foto ini diambil masa ajieb ikuti jelajah 11 era kat Kuala Terengganu baru-baru ini. Kat sebelah ajieb tu adalah pembaca berita popular ERA FM si Mimi Azira. Di ni pun jadi penyampai hujung minggu ERA FM. Sebenarnya, sepanjang kami berada di sana, kami di nasihatkan memakai mask ni untuk langkah berjaga H1N1 yang kian menular tu. Jadi, kami semua termasuk artis pun kena pakai. Tapi sekali tengok ada style pulak...hhehehe

Sepanjang 3 hari berada kat sana..AJieb memang sesangat seronok sebab dapat tengok suasana orang kt. Kat sana ajieb sempat berjalan kat pantai batu burok dengan Hafiz AF7 dan managernya man (pemenangan Resume Untuk Mawi). Ajieb juga sempat lepak makan malam dengan Alyah penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang. Tapi Ajieb bukan berdue dengan dia, Ajieb pergi dengan manager Alyah dan juga Hafiz AF7.

Masa konsert berjalan, kita orang asyik duduk dalam khemah belakang pentas. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan menunggu, Ajieb pun melukis corak di belakang pinggan plastik. Haa...apa yang ajieb buat ni si Hafiz AF7, Lotter dan Man REsume pun turut sama mengikutnya, Kalao tak percaya..tengoklah gambar kat bawah ni...
NO 1..design by lotter
NO 2..design by Man Resume
No 3..design by Ajieb
No 4..design by Hafiz AF7

Memandangakan ajieb pun dah lama tak melukis..ajieb pun menghabiskan masa menconteng...hehheheh..tengok lah hasil kreatif ajieb yang kat gambar bawah ni..


Yang penting, apa yang ajieb boleh katakan pengalaman kat KT memang seronok banget tau...Kalo korang nak tahu apa yang berlaku lagi sepanjang konsert..masuk lah murai.com.my..kita orang ada gambar eksklusif dan cerita menarik di sana..Jangan lupa tau...nanti kalo ada masa ajieb celoteh lagi ye...thanks.....

Aksi Ajieb Dalam Corntoz

0 comments
Ini adalah video ajieb berlakon dalam iklan corntoz.




widgets

Hujung Minggu Ajieb di Kuala Terengganu

0 comments
Hooray..esok ajieb cuti..Esok pagi-pagi ajieb akan bertolak ke Kuala Terengganu sempena Jelajah 11 Era di sana. Tapi kali ni ajieb pergi tidak bertugas.Cuma ajieb nak tengok sambutan orang terengganu. lagi satu, ajieb nak beli juga barangan kat sana. Bagi sesiapa yang baca ni, kalo terjumpe ajieb kat sana tegurlah ye....Ajieb pun tak pernah jalan ke sana-sana. Cuma singgah n lalu je..itu pun dah lama. Nanti kalo ajieb ada story menarik kat sana ajieb bagi tau la ye...heheh..jumpa lagi..



widget

Tengah Mood Puasa & Raya

0 comments

Askum semua,
Mesti korang terkejut kan, Nape tetibe je ajieb letak gambar raya ni. Ha..yang sebenarnya...sekarang ni ajieb tengah sibuk buat persiapan bahan untuk bulan puasa dan raya nanti. Almaklumlah, puasa dah nak dekat. Kalo tak silap 22 Ogos dan raya. Ha! Kalo korang semua setia dengan murai...mesti korang familiar dengan nama R&R.....kalau semua nak tahu, tahun ni R&R ada lagi dan lebih menarik..macam2 aktiviti kita orang jalankan...sebab itulah sekarang ni ajieb tengah sibuk keluar masuk ofice cari bahan..yang penting, nanti korang terus lah sokong and join semua aktiviti ye..lagi satu, kalau korang kenal sesiapa yang nak sponsor baju, makan, duit atau apa saja untuk program dengan murai, jangan malu bagi tahu ajieb and kita boleh berbincang...kalo boleh sebelum pertengahan julai ni...harap kita jumpa lagi.

Foto terbaru Ajieb

5 comments
Hi Kengkawan semua..kat bawah ni antara gambar terbaru ajieb...sila lihat la ye!
Jelajah 11 Era di Shah Alam.
Gambar kandid di Jelajah ERA Shah Alam.

Jeps ambil gambar Ajieb untuk test. Ni untuk photoshoot Hafiz & Wana.
Dengan Aril masa jelajah ERA kat Pekan, Pahang.

Dengan Kak Isma di Jelajah ERA di Pekan Pahang.


Ajieb Menang Pertandingan Karaoke

0 comments
Masa company Ajieb buat team building kat Cyberview..dia orang ada buat pertandingan karaoke..Ajieb pun masuk lah..tak sangka Ajieb menang...tapi Ajieb kongsi hadiah dengan AYie...suara dia lagi sedap...masa hari tu juga..kita orang sambut hari jadi murai yang pertama..selamat hari jadi murai...

Macam tengah Azan kan...heheheh
Dengan team murai n kengkawan satu ofis.

Sampai berkerut muka Ajieb..Feel katakan.

Selamat Hari Jadi Murai.


Ajieb di photoshoot Aril Akim

0 comments
Selepas Akim dan Aril pulang dari Jakarta..Ajieb dengan team murai buat sesi fotografi untuk dia orang berdua ni..Penata gaya pada hari tu adalah Ayie..editor paling stylo di murai..kat bawah ni satu gambar yang ajieb edit..
Ok tak gambar Akim tu Ajieb edit..Ajieb dah lama tak edit foto...Sekarang sibuk menulis je!

Ajieb di Burger King!

0 comments
Ini pula foto masa ajieb terlibat dengan kempen Burger King dengan Murai..Seronok betul..masa tu pertama kali jumpa dengan Sepah..iaitu sehari selepas Sepah jadi Juara Raja Lawak 3..Yok tengok foto-foto ini.

Nyanyi ramai-ramai.
Boss ku, Roslen berduet dengan Alyah...Lagu pandang-pandang, jeling-jeling..Bang Len, duduk ala-ala SM Salim...hehehe. Sedap dia orang nyanyi!

Ajieb dengan Azrul tengah buli Hafiz Hamidun..
Habis orang kuat Burger King di buli Azrul...

Anne & Ikhwan Hot FM temuramah Ajieb.
Tengah interview Aizat tapi kena kacau!

Koleksi foto wajah-wajah ku

0 comments
Hi kengkawan, ini gambar-gambar masa ajieb kena bertugas untuk perkahwinan paling meletup iaitu si Mawi dan Ekin...Ni ajieb ambil masa kat resort tempat kami tinggal dengan krew murai yang lain.. Best tempat tu..cantik...

Ala-ala termenung jauh..

Comel tak?
Wajah-wajah ku..Tapi yang pakai tipi & tengah nyanyi tu bukan masa kahwin mawi tau..

Ajieb di Sekitar Corntoz Sidang Media

0 comments
Selepas seronok menjalani penggambaran, Ajieb dan Stacy kena hadiri majlis sidang media untuk mengajak peminat berlawan aksi lucu makan corntoz dengan kita orang. Jom tengok sekitar gambar yang di ambil Pino..Terima kasih Pino.

Ajieb dan Stacy bersama Boss Corntoz, Piere. Bila nak ambil kita orang lagi!

Kami dah lapar..Tapi sempat pose lagi!

Kita orang semua di tanya pelbagai soalan..Seronok. Terima kasih kawan-kawan media!

Kenangan bersama orang-orang bawa label Corntoz atau Mamee.

Ajieb Jadi Model Corntoz

0 comments
Ini pertama kali Ajieb jadi model untuk iklan TV. Kebetulan pula, Ajieb di pilih di sebabkan kempen ini ada kerjasama dengan tempat Ajieb kerja..Terima kasih pada semua kerana pilih Ajieb. Ia adalah pengalaman yang cukup indah. Ajieb rasa sangat seronok dan kalau ada rezeki serta peluang. Ajieb nak buat lagi. Doakanlah ye. Kat bawah ni adalah foto-foto sepanjang Ajieb terlibat dengan CORNTOZ. Yang penting, Ajieb nak bagi tahu kat semua baik Ajieb mahu pun Stacy dan Nabil...kami semua bukanlah Duta Corntoz...Kami hanya selebriti yang memeriahkan kempen ini saja. Ini adalah cadangan design.. Waktu nak shooting. Kena make-up dulu. Nak kena nampak segar. Khusyuk tengah berlakon. Tergelak dengar arahan dari pengarah orang puteh...Terima kasih sebab ajar ajieb berlakon! Ini dia orang kuat MY ICE, Teena Tan (Pakai Cermin Mata) tengah buat props...

Terima arahan dari Director, Carl dan Kamera Man, Adi...

Kena peluk Corntoz besar untuk scene yang last sekali. Ni dah pukul 3 pagi tau!

Foto kenangan AF7

0 comments
HI kawan-kawan..dah lama ajieb tak post blog..Al-maklumlah..ajieb kebizian...kat bawah ni antara foto yang ajieb nak kongsi bersama kengkawan..Foto-foto ini ajieb rakam masa AF7 dari mula seghinggalah tamat. harap ok lah ye..

Ini gambar candid ajieb masa uji bakat AF7 ari tu..khusyuk tengah tengok orang di uji bakat..

Ini pulak foto ajieb masa PC AF7. Dengan kawan Kak Jojie dan Jawa.

Bersama 20 calon pelajar AF7. Ajieb jadi krew photoshoot. Masa ni semua budak ni belum di transform lagi.
NI Ajieb dengan Qhaud masa dia datang photoshoot murai selepas dia tersingkir.

Dengan Claudia & Aishah..waktu datang ofis murai photoshoot..

Dari kiri: Rini, Adila, Ajieb, Rina dan Obri.

Baling bantal dengan zizi.

Dengan juara AF7, Hafiz dan Yazid...