Tuesday, December 8, 2009

ARTIS PALING POPULAR ABP09 VERSI 2010 SUKAR DIRAMAL?

Setiap akhir tahun je...semua peminat artis mesti trun padang untuk ke pilihanraya..tapi bukan pilihanraya nak pilih pemimpin..cuma nak pangkah pilih saper artis paling popular..

Beberapa hari lepas, Berita harian yang gah dengan Anugerah Bintang Popular sudah pun mengumumkan anugerah tersebut...dan sekarang ni senarai calon awal pun dah dikeluarkan...

Pada kebiasaannya...setiap tahun ajieb bolehlah meramalkan saper yang leh menang untuk Artis Paling Popular...mcm tahun lepas..ajieb memang dah agak Nabil leh menang...tapi untuk tahun 2010 ni..ajieb tak sure lagi

Tapi masa ajieb borang dengan kengkawan...ada yang cakap utk kategori pelakon TV lelaki dan wanita dah konpem pemenangnya...yelah saper lagi kalo bukan hero dan heroen drama Nur Kasih...Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah...

Mampukah Siti ambil semula takhta dari Nabil?

Selain tu, utk kategori artis barulah yang selalu tepat tekaannya...tiap2 tahun bintang af mesti menang...mestilah jatuh pada juara AF yang baru..tapi untuk tahun ni ajieb rasa ada persaingan sikit pada artis baru lelaki..

Mungkin orang kata Hafiz mudah untuk mengambilnya..tapi ajieb lihat Akim dan Aril juga boleh menakluki anugerah tersebut...ajieb tak payah cakaplah...korang semua mesti tahu menilainya..tapi saper tahu..itu semua rezeki...kekadang kita ramal orang tersebut boleh diramal jadi top 5...

Kalo artis baru lelaki..dalam jangkaan ajieb top 5 rasanya Hafiz, Akim, Aril, Black dan ......Mungkin juga Yazid, Naizle dan sesiapa saje...ini semua terserah pada rezeki dan peminat..

Dan yang paling penting....artis paling popular ajieb rasa berkemungkinan besar Dato Siti akan rampas balik...paling tidak pun bersaing dengan Aznil, Faizal Tahir dan beberapa nama baru....sekali lagi..susah diramal dan pada rezeki saja...

Yang paling penting, ajieb rasa terharu kerana tahun lepas tercalon dalam senarai awal...ajieb doakan saper yang tercalon agar terus maju...

PS: Ini hanya pandangan ajieb saja....

AZAM SAMA DENGAN ANGAN-ANGAN?

Bulan disember sudah pun masuk minggu ke-2...nampaknya sekarang ni mesti semua orang tengah planning apa nak buat untuk tahun 2010..dan paling tidak mesti ramai tengah pikir nak habiskan cuti yang berlambak tu kan..Aisehmen...

Walaupun ajieb duk pikir bila nak habiskan cuti yang bertimbum tu..ajieb pun pikir juga apa sebenarnya ajieb nak buat untuk tahun depan...fening kepala jugaklah kan...yelah tahun depan dah tak boleh cakap umur 27..tapi..28 tahun...

Tugas ajieb selalu nak ty artis apa azam tahun baru..dan bagi ajieb azam itu penting. Namun...bila pikir balik..azam dan angan2 ada sama jugakan...itu pendapat ajieb...

Setakat ni ajieb masuk bingung apa nak azam..tapi yang tak pernah lekang dari senarai azam ajieb adalah.....azam nak buatkan mak ayah dan adik2 bahagia...kalo boleh tahun depan ajieb nak besarkan rumah mak bapak ajieb...azam ni sebenarnya dah ajieb pasang masa ajieb sekolah lagi...

Nak ubah umah mak ala-ala mcm ni.

Harap2 2010 semua dapat menunaikan azam itu...Selain itu, ajieb juga ada keinginan untuk develop karier lagi untuk maju lebih depan...ajieb sedang berusaha untuk merealisasikan single ajieb itu selain beberapa rancangan baru...doakan ye...

dalam planing ajieb...memang banyak..tapi sebagai Hamba Allah..kita hanya mampu merancang..tuhan yang menentukan segalanya...

Dlm pada merancang..ajieb terfikir adakah ajieb ni sampai umur 28 tahun genap..sebab ajal maut ditangan tuhan..Tapi Ajieb selalu doa..sebelum pejam mata selamanya..ajieb nak bahagiakan mak dan ayah...ajieb nekad...

Jadi...marilah kita sama berniat dan berazam...dan paling tidak pun berangan..tapi janganlah berangan yang keluar habuk saja...usaha penting...

PS: Mungkin sambut tahun baru di Melaka..Saper nak join?

Saturday, December 5, 2009

Yang Mana Satu Cinta Dan Kawan?

Hai semua...mungkin korang terperanjat baca tajuk kat atas ni kan..sebenaranya..saje je ajieb letak sebab ajieb ada story nak tanya kat korang semua...harap korang boleh lah bagi pendapat tersendiri.

Anggaplah (kiri) A, tengah C dan pakai cermin mata tu B. (Ini bayangan ABC)

Ada seorang lelaki A menyukai wanita yang cukup cantik iaitu C. Mereka berkenalan hampir setahun. Setakat ini mereka memang akrab..bila orang tengok A & C mesti cakap mereka ni macam kekasih..Tetapi C ni ada kwn baik lelaki iaitu B..C kenal B sejak mereka belajar lagi...

Sebelum A mendekati C, A pernah tanya hubungan C dan B. mereka berdua jawab hanya kawan rapat saja. A percaya dengan itu...tapi baru-baru ni A suspek something..sebabnya masa makan malam bersama B ada sekali..

Tapi A tak kisahlah sebab B selalu join sekali..namun, hari itu A makin keliru bila tengok C marah-marah kat B..Yelah. C marah seolah-olah B tu kekasih dia.. masa marah tu A ada depan B bersebelahan C..Masa marah tu, B bertegas dan cakaplah cerita dia semua dengan C.

Tapi bila cakap dengan A, C berlembut saja...cakap macm biasa..sekarang A tertanya-tanya benarkah B dan C hanya kawan..Ini kerana A sebenarnya dah betul2 suka kat C?

Sebenarnya A menunggu masa yang sesuai untuk cakap dengan C...Tapi A tak mahulah jadi penyebab kalo C dan B nak bersama tak boleh...

Bila Ajieb dengar kisah ni, Ajieb pun susah nak cakap..sebab ni semua terpulanglah pada hati A, B dan C...dan ajieb rasa dah macam drama korea lah pulak..

Apa pendapat korang tentang cerita ni...mana satu cinta dan mana satu kawan...apa yang patut A buat? Ajieb cuma mahu menolong A mencari jawapan..

Apa sekalupun yang berlaku, Ajieb harap A B dan C temui jawapan pasti. Terutama sekali A...Good Luck!

LIRIK SINGLE AJIEB...


Setakat ni tajuk dia Jangan Tinggalkan Aku.

Hai semua, sebelum ni ajieb pernah cakap..ajieb akan keluarkan single..sebenarnya..single ni dah lama terperap tapi belum ada kesempatan untuk rakam and buat dia punya betul susunan lagu..lagu ini adalah hasil nukilan kawan ajieb..nama dia reza..melodi dan lirik dari dia..

Tapi..memandangkan lagu ini akan ajieb nyanyikan..so ajieb pun ubah sikit-sikit lirik ni..untuk bagi sedap lagi..jadi..korang bacalah lirik di atas...berikanlah pendapat tentang lirik ni..

Lagi satu..doakanlah agar ianya cepat dirakamkan...harap korang paham maksud lirik ini.

Friday, December 4, 2009

Foto Ajieb dan Mimie dari Ijan



DRAMA APA LAK NI EIK?

Hai semua..hari ini ajieb baru je dapat gambar baru daripada kawan ajieb yang memang pakai tangkap gambar..memang menarik gambar dan touching dia...kalau nak tahu..ijan ni memang glamor dikalangan photographer online...


SESUAI KE?

kalau pergi kat flicker dia mesti korang kagum tengok touching dia..ni link ke klicker dia http://www.flickr.com/photos/mizanen/sets/...tapi ajieb nak bagi tahu..mesti korang tertanya kan..kenapa ajieb gambar dengan Mimie..


SERAM KENE PEGANG.

Sebenarnya, masa tu kita berdua update gambar baru..lepas tu cameraman minta kita orang pose berdua..lepas tu mcm-mcm la aksi dibuat...dah jadi macam berlakon drama pulak..


TAK PERNAH RAMBUT PANJANG.

So...korang berilah pendapat korang tentang gambar ni ye..thank Ijan...lepas ni boleh amik lagi..

Thursday, December 3, 2009

Beli Bio-Aura secara ansuran!!!


Foto masa media screaning 2010 media prima


Wartawan, PR dan kameraman.

baru-baru ni, ajieb kene pi  bertugas cover pasal screning media prima..ajieb tengok banyak program menarik..dan salah satunya drama kesukaan ajieb iaitu Boys Over Flower akan ditayangka di 8TV..antara banyak2 channel..ajieb suka dengan TV9 punya..sebab program dia best2..itu ajieb cakap berdasarkan tengok sekali imbas je la..



Nabila pun ada...

Tapi takut kekadang propa je...heheheh...dan yang paling..masa bertugas tu ajieb jumpe ramai kengkawan media..jadi kita orang pun bergambar sama...PR2 media prima pun join sekali...best wok!! pinjam tagline aril jap..heheh

Oklah..tengoklah gambar kengkawan yang gambar sama..ini foto yang ada dalam kamera cameraman murai je...


Kat tengah2 tu pengacara quikie 8TV