.

.

Akhirnya..Ajieb Ada Lagu Single

5 comments
Penantian Ajieb untuk memiliki akhirnya terlaksana juga apabila Omar K telah mencipta sebuah lagu bertajuk Apa Kata...lagu ini genre rancak dan telah pun digunakan sebagai lagu tema untuk program Ajieb apa lagi kalau bukan Apa Kata M...

Masa Ajieb mula-mula dapat lagu ni, Ajieb tak sangka, Omar K pandai baca jenis lagu yang ajieb mahu,..ala-ala  korea sikit. Ajieb harap anda semua pun suka. Dan jangan lupa untuk meminta kat radio untuk diputarkan...

Tak lama lagi jugak akan ada pertandingan menyanyikan lagu ajieb ni..kat mana lagi kalau kat murai...kat bawah ni ajieb lampirkan lirik lagu Apa Kata Ye..

APA KATA

1st verse:
hey semua ku tampilkan
terkesima diaktifkan
menyanyikan kicauan
yang sehalusnya ciptaan

hey wanita ku dendangkan
bergembira dititian
ceritera hiburan
yang sempurnakan remaja

Prechor:
marilah menari-nari
melayangkan girang emosi
berlari mencari-cari
kebenaran ilusi diri


chorus:
apa kata
kata apa saja
apa kata 
ada yang tak kena
dimanakah harus ku tuju
moga berjumpanya selalu

apa kata
kata apa saja
apa kata
ada yang tak kena
baru kini diriku tahu
wajah sebenar mu

2nd verse:
kugandakan ku teguhkan
suara ku dilaungkan
menyatakan pilihan
yang membuat ku tertawan

Prechor:
Chorus:

Bridge:
oh cinta hatiku
mengapa begitu
yang kau hancurkan dulu
mahkota ku
pari-pari ku bisu
selamanya..

Syukur!!! Apa Kata M sudah bersiaran!!.

0 comments
Assalamualaikum...
Agak lama juga ajieb menyepi dari mengemas kini aktiviti ajieb...seperti yang anda tahu..sekarang ni ajieb sibuk dengan Apa Kata M. Alhamdullilah...program AKM ini sudah pun bersiaran di murai.com.my mulai semalam di murai.com.my..

Jadi...apa tunggu lagi..jom lah ramai-ramai tengok program ni ye..Ajieb harap korang semua puas hati dengan Apa Kata M?....ini baru episod pertama..Insya-Allah untuk episod akan datang semuanya akan berjalan dengan lebih menarik..


Hari ini..semua orang akan tahu siapa pengacara, pengetua dan tenaga pengajar untuk AF8..walaupun ajieb dah tahu lama sebenarnya...apapun, ajieb ucapkan tahniah kepada semua warga AF8..

Semoga AF8 lebih cemerlang dari sebelum ini.


Klik untuk tonton apa kata M?