.

.

Wanita Di Hati Ajieb

4 comments





Setiap insan berjantina lelaki sudah semestinya mempunyai wanita di hatinya. Tak kiralah apa jua statusnya. Ajieb sendiri suka berkawan dengan wanita...dan yang paling penting ajieb tak dapat nak nafikan ramai sungguh wanita yang akrab dengan ajieb...tapi bukan bermakna ajieb ni play boy...ajieb sebenarnya selesa berdampingan dengan mereka...bagaimanapun ajieb tak dapat nafikan adakala wanita juga boleh memberikan semangat untuk lelaki untuk berjaya dan terus berjaya...di sini ajieb nak berkongsi wanita yang sentiasa di sisi ajieb...


PERTAMA: DIALAH WANITA YANG MELAHIRKAN KU DI DUNIA INI..IBUKU ZALEHA HUJAN..Aku harap satu hari nanti aku akan berikan kebahagian buatnya...sekarang ni aku masih lagi berusaha sedaya upaya untuk membuatkannya sentiasa happy..thanks mak sebab lahirkan ajieb ke dunia ini...Mak memang paling istimewa.



ADIKKU ZARINA MOHD ROSDI ATAU AIN..walaupun ain istimewa, abang ajieb beryukur sebab miliki adik macam ain yang banyak mengajar ajieb erti tanggungjawab dan sabar...dia memang istimewa dan meminati bintang af seperti Haziq, Toi, Akim, Shawal, Obri dan Farhan termasuklah kumpulan Sepah..



ADIK BONGSUKU NURATIKAH MOHD ROSDI...lepasan SPM...sekarang ni dialah yang banyak menjaga mak dan ayah ajieb di johor...sedang mencari pekerjaan atau tempat untuk sambung belajar..walaupun dia pun agak lain..tapi sikit sebanyak dia menjadi penyeri hidup ajieb sebagai abang sulung.



NENEK KU ATAU PUN AJIEB PANGGIL EMBAH..DIA ADALAH IBU KEPADA AYAH AJIEB..Sekarang ni hanya dia saja ajieb ada sebagai insan yang bergelar nenek,.ajieb sudah tak ada atuk yang lain..ajieb harap dia sihat dan dapat hidup sampai ajieb ada isteri...I wish!!!



MAK UDA ATAU ZALILA...DIA SEORANG CIKGU...ajieb banyak dapat dorongan dari dia..dia juga banyak ajar ajieb tentang akademik...



CIK EJU...sekarang ni ajieb banyak minta pendapat dan mengadu dengannya...ajieb doakan cik eju cepat dapat jodoh...




Cik ENtong...dia dulu serumah dengan ajieb...walaupun kadang kala buat ajieb marah..tapi dia banyak bantu ajieb...ni sorang lagi..ajieb pun harap cepatlah bagi ajieb pak cik baru...sebelah dia ni sepupu ajieb..nama dia afrina...dia membesar dengan ajieb tapi sekarang ajieb dah pindah...




CIK NINA...orang yang paling banyak bantu ajieb dan famili...terima kasih cik ..harap acik cepat dpt jodoh...



Sorang lagi adalah mak ngah ku...Zahariah ...terima kasih mak ngah sebab banyak bantu ajieb dari mula ajieb melangkah di kl sampai sekarang...Thanks Najwa bagi gambar


Sesungguhnya, bukan mereka saja...ada banyak lagi...tapi inilah yang ajieb rasa banyak dan dekat dengan ajieb...

Mungkin saper yang baca ni tertanya siapa pula wanita yang bertakhta di hati ajieb...ada ke? Ajieb tak boleh tipu..ada tapi belum rasmi...doakan ajieb dengan dia...nanti dah konpem ajieb bagi tahu ye...


RAYA: Jual Satey Secara Online!

2 comments



Ini gambar contoh je...tapi satey mak dan ayah lebih kurang la...sedap tau!


Mungkin ramai tak tau...tapi ni lah dia..ajieb sebenarnya membesar dari hasil titik peluh mak dan ayah menjual satey..tapi bukan satey kajang tau..satey johor..dan yang pasti...ajieb berani jamin satey parent ajieb lebih sedap berbanding satey kajang...

Bukan nak mengampu..tapi ini pendapat semua orang yang makan satey mak ajieb...semua lepas dah makan nak order lagi...

Mungkin pelikkan sebab kenapa ajieb tetibe saja cakap pasal satey...yang sebenarnya setiap kali raya...ajieb akan amik cuti panjang sikit tolong mak dan ayah cucuk satey..sebabnya masa bulan raya ni lah ..mak dan ayah dapat tempahan....

dan ajieb terfikir sejenak pada tahun ni..ajieb memang dah lama nak komersialkan satey mak dan ayah ajieb..dan sebagai permulaan ajieb nak jual satey ni secara online...

dalam erti kata lain...satey ini akan dihantar secara beku dengan kuahnya sekali...maknanya kena bakar sendiri...dan yang pasti...saper nak order bagi luar johor (sebab mak ayah ajieb duk johor) kenalah 1000 ke atas...dan kalo banyak mungkin ayah ajieb boleh turun bakar satey tun..maknanya buat katering la...


so..bagi nak test market..ajieb pun bagi tahu kat semua yang suka makan satey johor atau satey yang lebih sedap dari satey johor ni boleh lah try order ye...parent ajieb jual RM0.50 sen secucuk...reminder kalau luar johor seperti KL, selangor dan sebagainya kena order 1000 cucuk ke atas...dan ada caj perkhidmatan pos ye...

Dan bagi yang dalam kawasan johor...500 ke atas tapi terpulang kepada lokasi dan tarikh...kalo nak tempat boleh hubungi ayah atau mak ajieb ye...talian ayah 0177659139 atau mak 0142745020...kalo yang ada no ajieb pun boleh tanya ajieb dulu...kalo tak percaya...

Selamat order dan mencuba!

TOPIK RAYA: Bila Nak Makan Nasi Minyak?

6 comments




BERANGAN KAD KAHWIN MACAM NI..OK TAK?

Kejam kelip...dah seminggu kita menyambut raya...tak sangka masa begitu cepat berlalu...dan yang pasti soalan raya yang tak putus-putus di lontarkan pada ajieb tiap tahun adalah bila nak kahwin? atau pun paling koman..dah berpunya belum?

Penat and jenuh juga nak menjawab..dan paling kesian..mak dan ayah ajieb yang kene jawab..dia pun senang cerita buat lah jawapan standard belum nampak bayang...tapi dia orang tak de pula tanya ajieb...

Apapun...selagi ajieb belum ada sesiapa di sisi..selagi itu atuk, nenek, mak cik, pak cik dan sedara mara akan bertanya perkara ni bila time raya...

Dalam ajieb dok sembang pasal ni dengan nenek...ajieb pun cakap lah ye...sekarang ni belum kahwin mesti lah tanya bila nak kahwin..lepas tu nanti sambung bila nak dapat anak...lepas tu sambung lagi tak tambah lagi ke anak dan seterusnya...betul tak?

Tapi kita tak leh nak marah orang...bila di fikirkan semula orang2 ni amik berat tentang kita...nak buat macam mana jodoh belum sampai...

Ada part tu ajieb buat lawak dan bila orang tanya bila nak kahwin ajieb dengan senang hati cakap 121212...maknanya lagi 3 tahun..dan masa tu umur ajieb dah 30 tahun...itu mungkin sasaran ajieb..tapi selagi ajieb belum berjaya menyenangkan famili...ajieb masih belum kahwin kot...tapi nak buat apa kalao jodoh dah sampai.

Yang paling best...bila berangan dan omong kosong dengan mak cakap pasal kahwin..asyik tergelak saja...ajieb dan adik perempuan pula cakap mungkin adik ajieb yang lelaki kahwin dulu..sebab dia nampak ke arah itu..tapi adik lelaki ajieb seboleh-boleh cakap ajieb dulu..ajieb cuma cakap dengan dia kite tengok dulu...

Wah..nampaknya bukan main panjang ajieb cerita pasal kahwin ye...patutnya cakap pasal raya..tapi cakap pasal pulak..saja je tengah ade mood nak borak pasal kahwin...

Dan..bile ajieb berangan nak kahwin...inilah jadinya....


BUAT KAD MACAM NI PUN GEMPAK JUGA KAN? SIMPLE & NICE!



MACAM NI PUN COMEL JUGAK YE?



ILLUSTRASI MACAM NI OK TAK?




NI MACAM MANA?



NI PUN OK JUGAK!

PS: BERANGAN JE LEBIH...ORANG SEBELAH TAK TAHU LAGI! HAHAHA!

widget

Dengarlah Lagu Raya Nyanyian Ajieb

0 comments
Hi Semua...selamat hari raya...kat bawah ni sikit promo untuk lagu ajieb..harap ok lah ye..ajieb sekadar mencuba je..Tajuknya La La La Raya La.


video

Salam Aidilfitri Buat Semua

0 comments

Assalamualaikum,

Ajieb nak cerita sikit pasal raya tahun ini. Tahun lalu, Ajieb sampai rumah (kampung) pada malam raya di mana lepas isyak ajieb dah ada depan mak and ayah dan tolong apa yang patut. Ajieb siap tolong mak shopping last minit dekat pasar borong...beli apa yang tak cukup lagi..


Tahun ini..kiranya ajieb paling lambat balik kampung..ajieb nak merasa juga apa perasaan...tahun ini seperti yang semua tahu...ajieb akan on air buat sampaikan salam raya di radio era dengan Reza..kita orang akan berceloteh dari jam 12 tengah malam sampai 6 pagi...lepas on air barulah ajieb akan pulang ke kampung..

Kalo ikut pada jam...ajieb mungkin sampai dalam kul 10 pagi dimana dah habis pun sembahyang raya...dan inilah sejarah ajieb kiranya balik raya paling lewat..apapun, ajieb buat semua ini kepada semua yang telah banyak menyokong ajieb terutama sekali mereka yang menghantarkan ucapan raya..

Sebenarnya, setiap kali ajieb tengok iklan raya dan dengar lagu raya..ajieb nak balik sekarang juga..tapi ajieb sabar sebab ajieb tahu setiap ketentuan Allah semua ada hikmah...

Wah..bercerekarama pulak ajieb nikan..yang sebenarnya ajieb nak cakap satu je..pengorbanan boleh membawa kebahagian...

Ok lah..ajieb nak ucapkan selamat hari raya pada semua..kepada yang membenci ajieb tu ajieb minta maaf lah sebab mendorong anda melakukan kejahatan seperti mengumpat atau mengata..bagaimanapun, ajieb terharu kepada mereka yang banyak menyokong ajieb dari aksi murai hingga kini..

Ajieb harap raya anda semua penuh keceriaan disamping keluarga tercinta..

Oklah salam aidilfitri dan jangan lupa vote lagu Yok Beraya dan lagu La La La Raya La nyanyian ajieb sendiri...




widget

Foto dengan caption..komenlah

3 comments

Obri dapat hadiah dari Zizi.


Ajieb dan Khairul Mentor kejutkan adik bangun tidur di rumah baitul hidayah.


Dafi kene dera dengan aku pakai topeng.


AJieb, Riz, Chaq, Obri dan Qhaud keutkan adik rumah nur hikmah.


Kena sakat dengan isma


Tunjuk apa sampai Irwan gelak.

Lepas amik hadiah pose dulu.


Mukadimah dari ku.


Ajieb dengan adik.


Sampai 2 kene skodeng.



widget

Berakhir sudah Yok Sahur Musim Kedua

1 comments


Syukur sesangat..sekarang ni ajieb dah boleh tarik nafas panjang dan lega sebab yok Sahur sudah habis. Destinasi terakhir Yok Sahur di USJ subang..best best best...itulah yang ajieb boleh cakap..ajieb sebenarnya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali artis yang tak putus-putus sokong yok sahur. Ajieb harap..kalo tahun depan ada sudilah menyokong lagi...



Sekarang ni Yok Sahur dah habis...tiba pula ajieb untuk mencari sponsor untuk buat open house murai..insya-allah..kita orang jangkakan open house akan di buat pada 15 oktober...jadi kalo sesiapa nak menaja lokasi dan katering boleh la bagi tau ajieb...tolong ye..


selain itu, ajieb pun sibuk buat stok raya sebab ajieb cuti raya agak lama....oklah..ajieb nak cau dulu...nanti ada masa kita borak lagi ye...selamat puasa dan menyambut puasa..lagi 3 hari lagi nak raya....


PS: Jangan lupa dengar ajieb dan reza pada malam raya di ERA bermula 12 tgh malam sampai 6 pagi..




widget

Malam Raya Era Ajieb & Reza

0 comments

Sebelum ini, ajieb pernah cakap..ajieb akan on air kat era untuk bacakan ucapan raya bersama dengan cham..untuk makluman semua..ajieb tak jadi on air dengan cham tapi akan on air dengan reza mohammad..itu saja yang bertukar..jadi bagi sesiapa yang mahu join kami hantarkan ucapan raya sekarang..kat mana lagi kalo bukan kat murai..hantar tau


widget

seronoknya yok sahur lokasi 3

0 comments
Jumaat lalu iaitu 11 Sept, tiba giliran ajieb dan semua artis untuk bersahur di rumah baitul hidayah puchong..Ajieb terkejut sangat sebab bila 19 artis yang join lokasi minggu ni..ramai giler..kita orang berkonvoi dari astro. Kita orang semua berkumpul bermula jam 10 malam.

Ajieb mengetuai rombongan dan lebih 10 keter yang ikut ajieb..ada siap tu ingatkan mcm rombongan meminang..hehehehe..

Apapun..ajieb terharu sangat sebab semua orang join...esok iaitu 15 sept kami akan ke destinasi terakhir dimana di sini kami akan buat sambutan beraya..kali ini pun insya-allah ramai artis yang join...

Ajieb nak ucap terima kasih sesangat kepada semua artis yang datang pada lokasi ke-3. Tak lupa juga yang dah join lokasi 1 dan 2...Jangan lupa tonton yok sahur di astro awani setiap isnin jam 10.30 malam..

Selamat menyambut raya..


widget

Buat & Nyanyi Lagu Raya Baru

2 comments
Hai semua..puasa tak?

Tahun ni raya ajieb sangat istimewa kerana inilah kali pertama ajieb jadi penulis lirik. Dan yang paling best, lirik untuk lagu raya. Tambah best giler, bila lagu raya itu dinyanyikan Hafiz AF7. Untuk lagu raya yang bertajuk Yok Beraya ni adalah kerjasama ajieb dengan Hafiz Hamidun. Dia telah baik hati mahu bekerjasama dengan murai untuk menghasilkan lagu rasmi micro site dalam murai.. Micro site raya lah...

Harap sesiapa yang minat Hafiz boleh lah minta lagu ini diputarkan di radio..Bagilah sokongan kepada kami...paling tidak pun pada Hafiz AF7...

Oh ya..dalam pada buat lagu Hafiz..ajieb pun cipta sejarah apabila ada lagu raya sendiri..Lagu ini Hafiz Hamidun yang buat..lirik sudah tentu ajieb sendiri...ini lagu suka-suka..buat pun last minute..hanya untuk berkongsi bakat dengan kengkawan semua..tajuk lagunya simple dan mudah di ingat..


La La La Raya La..inilah tajuk lagu raya ajieb.kalo nak dengar dah boleh minta kat dj radio semuanya...harap kengkawan gembira dengar lagu ini...

Oklah..itu je ajieb nak citer untuk post kali ini..Selamat mendengar lagu raya kami ye..wassalam..

widget

Berlakon Tele Wan Dah Urut

1 comments
Akum...hanya seminggu lebih saja, kita akan menyambut hari raya...nampaknya kejam kelip dah nak habis puasa...korang semua puasa cukup tak..alhamdulillah ajieb setakat ni penuh...

Cakap pasal seminggu, masa minggu pertama ajieb berpuasa..ajieb dapat rezeki lebih..ajieb dapat offer berlakon tele..tajuknya Wan Dah Urut..jadi ajieb kenalah berlakon masa time puasa..lain juga rasanya..

Dalam cerita ini ajieb pegang watak main supporting bernama Yunus...Ajieb tak sangka dipilih pengarah untuk berlakon dengan otai2 seperti kartina Aziz dan Abu Bakar Omar yang jadi parent ajieb dan wan maimunah, nadia mustafa, Nisha Dir dan ramai lagi...terasa kecik sangat ajieb...

Yelah...ajieb baru je berlakon..tapi syukur sebab dapat berlakon dengan otai...pengalaman menarik...drama tele ni akan disiarkan di TV 2 tak lama lagi..tapi ajieb tak tahu bila tarikhnya...

Lepas ajieb tahu nanti ajieb bagi tau ye...apapun, ajieb harap semua sokonglah ajieb dan tengok cerita tu nanti..ada kelakar, sedih dan macam2 lagi.

Okay..cukup sampai disini..lepas ni ajieb nak cerita pasal raya pulak..selamat berpuasa!

widget

Siapa Nak Beli Bio-Aura

3 comments

Askum semua, pekabo..ajieb harap kengkawan semua dalam keadaan sihat ye..macam mana puasa ok tak? Harap-harap ok lah ye...


Hari ini ajieb ada nak cakap sikit pasal bisnes. Bukan apa pun..ajieb sekadar mencuba nasib.nak cari duit lebih...orang kata duit raya...


Kengkawan pernah dengar tak penapis air Bio-Aura..ala yang iklannya Azizah Arifin tu...sekarang ni ajieb guna penapis tu..alhamdulillah ajieb dah kurang sakit macam dulu..kalau tidak dulu ajieb bangun pagi mesti rasa sakit..tapi sekaran tidak. Mulanya ajieb tak percaya sampailah ajieb cuba sendiri..Ajieb tak mahu lah cakap lebih-lebih...sebab lain orang lain ragamnya...


Lepas dah cuba barulah sesorang tu boleh berkata...Sebenarnya kalo kengkawan semua nak cuba penapis air bio-aura ni..ajieb ada tolong kawan jualkan...harga kalo pakai cash memang tak mampu la..ajieb pun buat bayaran ansuran..


Kalo nak beli, ada stok kat ajieb..Kalo beli dengan ajieb harga tunai pula adalah RM2 ribu je..tapi kalo nak bayar ansuran pun boleh...Ajieb ada buat 3 jenis ansuran iaitu 200, 100 atu 50 sebulan..


Kalo amik 200 maknanya bayar selama 10 bulan..Kalo 100 maknanya 20 bulan dan kalo 50 pula 40 bulan..Bayaran boleh dibuat dengan masukkan dalam akaun ajieb saja...kalo betul-betul berminat boleh lah telefon ajieb dulu atau sms kat no ni 0166176867...


Apa yang ajieb boleh cakap, Bio-Aura ni memang bagus...airnya pun sejuk...tak payah masuk peti sejuk...oklah...ajieb rasa ajieb nak out dulu..nanti kalo ajieb ada masa and rajin..ajieb akan update kat dalam blog ni...terlupa..kalo nak oder by email pun boleh..emel je kat aajieb@gmail.com...


Cepat tau..stok yang ajieb ada pun terhad. Selamat mencuba.

widget