Ajieb Dijemput Jadi Hos Chillex Tunes!!

1 comments
Esok bemula dari jam 11 pagi, Ajieb akan ada rakaman program hiburan bertajuk Chillex Tunes. Tapi ini bukanlah program untuk mana2 stesen Tv. Namun, ia sekadar project final student MIIM..

Ini merupakan kali ke-3 ajieb menolong dan membantu student dari MIIM. yang pertama program muzik kita dan satu lagi talk show berkaitan filem Momok The Movie.

Tengah di touch up oleh kak dila n anjee..

Ajieb suka bekerjasama dengan dia orang sebab ajieb pun pernah jadi macam dia orang..Masa pertama kali buat program Muzik Kita..ajieb tak sangka program tu menang program MCP terbaik anugerah antara kampus...Gerun jugaklah mendengarnya..

Walaupun kemenangan tersebut bukanlah diberikan kepada ajieb..tapi ajieb bertuah kerana dipilih menjayakan program muzik kita bersama dengan  Hafiz Hamidun, Julia Suria FM dan Mohram..

Dan esok untuk program Chillex Tunes, ajieb dapat tahu pada mulanya tempat ajieb dibuat oleh pengacara dan pelakon Farish Aziz. Bagaimanapun, disebabkan jadual Farish tak free, ajieb pun dipilih budak2 ni untuk menggantikannya...

Sungguhpun ia sekadar projek pelajar, ajieb agak gerun jugak dan rasa terharu sebab bebudak ni sudi dan pandang bakat ajieb..Harap semuanya akan berjalan lancar esok..

Dan kepada sesiapa yang turun the curves esok dan ternampak ajieb..jangan lupa tegurnya..mungkin ajieb tak perasan..doakan semuanya berjalan lancar..

Inilah rakaman pertama untuk 2010..selepas ini ajieb buat rakaman untuk program AF8..hehehe..boleh lah berlatih dengan program ini.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 Response to Ajieb Dijemput Jadi Hos Chillex Tunes!!

Jay
January 2, 2010 at 5:18 PM

all the best ler ajieeb.... rezki murah di tahun 2010