AKIM atau FAIZAL TAHIR menang Juara Lagu?

2 comments
Pada hujung minggu depan iaitu Sabtu dan Ahad, 9 dan 10 Januari..bagi mereka yang ingin menjadi artis atau penyanyi sudah tentu sedang bersiap sedia menghadiri uji bakat AF8 yang akan dijalankan di Stadium Bukit Jalil..

Ajieb pula akan memulakan penggambaran program baru pada hari tersebut..selain menantikan uji bakat AF8..pada 10 Januari 2010..semua orang teruja nak tahu siapakah bakal menang untuk anugerah juara lagu 2009..byk juga ramalan yang telah dibuat..

Sebagai manusia biasa..ajieb merasakan Akim dan Faizal Tahir berpeluang cerah untuk menangi tempat pertama atau kedua..Bagi ajieb lagu Bengang nyanyian akim memang best manakala lagu Faizal Tahir, Bencinta pun ada kekuatan dan persamaan dengan lagu bengang..


Vokal dan lagu Akim (kiri) dan Faizal Tahir sama mantap!!!

Bagaimanapun, kemungkinan juga alyah boleh berada di 3 tangga teratas sebab lagu Tak Mungkin Kerna Sayang memang sedap dan boleh dikategorikan sebagai lagu berhantu..Tapikan..jangan lepas pandang pada misha omar yang menyanyikan lagu Cinta Adam Dan Hawa..yelah lagu ni kan pernah menang masa AIM tahun lepas...

Manalah tahu boleh menang lagi...Selain itu, lagu Masih Jelas pun ada peluang sebab lagu tu sedap dan gandingan AD samad dan Aidit Alfian adalah gandingan yang baru dan terbaik buat masa ini,..tambahan pula dengan vokal Hafiz...

Sebenarnya tak tahu lah..itu semua rezeki...yang lain pun ada berpeluang cerah..mana tahu Hujan, Bunkface dan Yuna boleh terus mewarisi bintang indie yang menyinar di juara lagu..siapa tahukan..heheheheh


PS: Ini hanya pendapat tau..ajieb tak berpihak pada mana-mana artis yang bertanding.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

2 Response to AKIM atau FAIZAL TAHIR menang Juara Lagu?

January 1, 2010 at 10:13 PM

Nope!
Misha will win..

January 1, 2010 at 10:37 PM

hah.. muzik2 kali ini susah nak target saper menang... coz banyak gler lagu best! good luck lah kpd siapa yang bertanding!