Tak boleh lupa 2009 dan 2010 ajieb datang ni!

2 comments

Foto terbaru ajieb...Foto Bonie Makeup: Adila

Pejam celik sekejap je setahu sudah berlalu..dan mulai 1 Januari 2010...jika orang tanya umur ajieb..ajieb dah tak boleh cakap 27 tahun..tapi kene cakap 28 tahun walaupun tarikh lahirku 15 Julai...Ketepikan soal umur...itu bukanlah satu ancaman untuk terus berjaya..

Bagi ajieb..mesti ada usaha baru ada kejayaan...walaupun 2009 ajieb tidak tampil dengan program TV..tapi ajieb berterima kasih pada semua kerana masih menyokong ajieb..harap semua sokong dengan tiada penghujungnya ye...

Tapi..ajieb bersyukur kerana ERA FM masih berikan peluang ajieb untuk menjadi penyampai gosip di ERA setiap hari di antara jam 4-5 petang...harap ia akan berterusan lagi dalam 2010...

Tak lupa juga pada Hafiz Hamidun kerana telah memberikan sebuah single raya baru untuk ajieb..walaupun lagu tu tak popular atau orang belum tahu sangat..tapi ajieb seronok nyanyikan lagu raya bertajuk Lalala Raya La...tak lupa juga tahun ini ajieb mulakan karier baru jadi penulis lirik untuk lagu itu dan lagu raya baru yang dinyanyikan Hafiz AF7 bertajuk Yok Beraya...

Kalau dicerita mengenai pengalaman 2009, rasanya sehari pun tak habis..tapi ajieb bersyukur sebab masih berpeluang menghiasi dunia seni tempatan..tak kisah lah sebagai wartawan, pengacara, penyampai radio, penyanyi atau pun pelakon...

Yang penting, ajieb buat itu semua untuk Mak dan Ayah demi mencari rezeki...apapun,..ajieb minta maaf banyak2 dan berterima kasih byk2 pd semua yang pernah bekerja dengan ajieb secara langsung atau tidak langsung..

Minta2 2010 masih lagi sama dengan 2009 tapi dengan ada anjakan yg baru...Diari 2010 ajieb akan dimulakan dengan program web tv baru yang berkaitan dengan AF8...jangan lupa tonton ye...

Kita jumpa lagi dalam 2010....thanks...i love u alll...wassalam..
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

2 Response to Tak boleh lupa 2009 dan 2010 ajieb datang ni!

January 1, 2010 at 10:08 PM

kalau ade rezeki,insyallah bleh kuar tv agi... :)

January 4, 2010 at 11:46 PM

ni masa fotoshoot ari tu ke ? nice cute n nampak kelainan..- kakdila