ARTIS PALING POPULAR ABP09 VERSI 2010 SUKAR DIRAMAL?

1 comments
Setiap akhir tahun je...semua peminat artis mesti trun padang untuk ke pilihanraya..tapi bukan pilihanraya nak pilih pemimpin..cuma nak pangkah pilih saper artis paling popular..

Beberapa hari lepas, Berita harian yang gah dengan Anugerah Bintang Popular sudah pun mengumumkan anugerah tersebut...dan sekarang ni senarai calon awal pun dah dikeluarkan...

Pada kebiasaannya...setiap tahun ajieb bolehlah meramalkan saper yang leh menang untuk Artis Paling Popular...mcm tahun lepas..ajieb memang dah agak Nabil leh menang...tapi untuk tahun 2010 ni..ajieb tak sure lagi

Tapi masa ajieb borang dengan kengkawan...ada yang cakap utk kategori pelakon TV lelaki dan wanita dah konpem pemenangnya...yelah saper lagi kalo bukan hero dan heroen drama Nur Kasih...Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah...

Mampukah Siti ambil semula takhta dari Nabil?

Selain tu, utk kategori artis barulah yang selalu tepat tekaannya...tiap2 tahun bintang af mesti menang...mestilah jatuh pada juara AF yang baru..tapi untuk tahun ni ajieb rasa ada persaingan sikit pada artis baru lelaki..

Mungkin orang kata Hafiz mudah untuk mengambilnya..tapi ajieb lihat Akim dan Aril juga boleh menakluki anugerah tersebut...ajieb tak payah cakaplah...korang semua mesti tahu menilainya..tapi saper tahu..itu semua rezeki...kekadang kita ramal orang tersebut boleh diramal jadi top 5...

Kalo artis baru lelaki..dalam jangkaan ajieb top 5 rasanya Hafiz, Akim, Aril, Black dan ......Mungkin juga Yazid, Naizle dan sesiapa saje...ini semua terserah pada rezeki dan peminat..

Dan yang paling penting....artis paling popular ajieb rasa berkemungkinan besar Dato Siti akan rampas balik...paling tidak pun bersaing dengan Aznil, Faizal Tahir dan beberapa nama baru....sekali lagi..susah diramal dan pada rezeki saja...

Yang paling penting, ajieb rasa terharu kerana tahun lepas tercalon dalam senarai awal...ajieb doakan saper yang tercalon agar terus maju...

PS: Ini hanya pandangan ajieb saja....
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 Response to ARTIS PALING POPULAR ABP09 VERSI 2010 SUKAR DIRAMAL?

January 5, 2011 at 9:32 PM

berjalan2 dari blog ke blog, terjumpa blog awak ni. tapi kepala masih blur.siapakah kamu ini...

jom jengah2 saya ya.