Jom ikut Ajieb makan Ayam Penyet dengan Hijau Daun

0 comments
Hi semua..baca la artikel bawah ni..jom la join...




KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2009:  Agak lucu mendengar nama kumpulan Hijau Daun dari Kota Lampung, Indonesia ini. Namun, kemampuan kumpulan yang dianggotai Dide (vokal), Array dan Arya (gitar), Deny (drum) dan Richan (bass) tidak boleh disangkal apabila tercalon sebagai band Indonesia paling popular pada Anugerah Planet Muzik 2009.

Bahkan, kumpulan ini turut memonopoli 4 anugerah dalam Anugerah Indigo 2009 anjuran PT Telekomunikasi Indonesia dengan mendapat anugerah band terbaik.

Lebih menarik, Hijau Daun mencetus fenomena baru di Indonesia kerana dengan hanya single hit iaitu Suara (Ku Berharap), mereka berjaya mendapat kutipan muat turun mencecah 10 juta rupiah (RM3,600).

Tambah istimewa, single tersebut membawa lembaran baru apabila pelakon, model dan hos seksi, Luna Maya berduet dengan Hijau Daun dalam lagu tersebut dan dimuatkan dalam filem lakonan Luna iaitu Janda Kembang.

Bagi meneruskan kejayaan tersebut, Hijau Daun akan berada di Malaysia bermula 16 hingga 19 Disember ini untuk mempromosikan album sulung mereka bertajuk Ikuti Cahaya.

Sehubungan itu, Sony Music Malaysia memberi peluang kepada 10 pasang GengMurai untuk menghadiri sesi ramah mesra yang akan diadakan pada 18 Disember 2009 (Jumaat) bermula jam 4 hingga 6 petang. GengMurai yang terpilih berpeluang bermesra, makan dan mendapatkan cakera padat Hijau Daun yang ada autograf sekali. 

Jadi, siapa yang berminat menghadir majlis ini di Ayam Penyet Sunway Mentari, anda boleh menghantar emel ke webmaster@murai.com.my bersertakan foto, alamat, no kad pengenalan dan nombor telefon anda sekarang. Siapa cepat dia dapat. Pastikan maklumat yang diberi adalah tidak palsu.


INFO AHLI HIJAU DAUN:
1. Dide: Vokal, gitar akustik/Kelahiran Gunung Batin/28 tahun.
2. Arya: Gitar Akustik/Kelahiran Bandar Lampung/27 tahun.
3. Richan: Bass/Kelahiran Jakarta/ 25 tahun.
4. Array: Gitar/Kelahiran Bandar Lampung/ 28 tahun.
5. Deny: Drum/ Kelahiran Bandar Lampung/ 24 tahun.

PENCAPAIAN

1. Tersenarai dalam calon Artis Paling Popular di Anugerah Palnet Muzik 2009.
2. Memenangi ‘The Most Spectacular New Comer “ Terdahsyat (The Most Spectacular)” pada 2009 di RCTI TV Music Program “Dahsyat” di Indonesia.
3. Memenangi 4 Anugerah dari 11 anugerah yang di anjurkan oleh PT Telkom. Anugerah ini merupakan pertama kali di anjurkan oleh PT Telkom dan disiarkan secara langsung oleh Trans7 TV Indonesia. Anugerah tersebut ialah Artis Terbaik Sepanjang tahun, Artis Baru Terbaik, Band Terbaik dan Pop Artis Terbaik.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Jom ikut Ajieb makan Ayam Penyet dengan Hijau Daun"