Tak sangka jumpa pemain MU berdepan

1 comments

Ada gaya peminat bola tak?

Bersama Obri, Aishah dan Qhaud masa latihan MU.

Kalau bercakap pasal bola sepak, ajieb adalah orang yang paling tak sesuai langsung nak cakap. Ajieb ni tak sukan main bola sepak tapi pernah wakil sekolah main bola baling. Kalau dengar pasal bola, Ajieb cuma tahu Mokhtar Dahari pemain lagenda Malaysia. Kalau yang overseas punya pun Ajieb cuma tahu pasal David Beckham, Ronaldo dan Micheal Owen..itu pun sekadar tahu je nama dia orang. Cara dia orang main memang ajieb tak tahu apa-apa.


Dengan Wak..heheh krew Astro.
Sebenarnya, Ajieb cakap tentang bola disebab kan pada 18 hingga 20 Julai lalu, Ajieb terlibat sebagai krew untuk perlawanan bola natar MU dan Malaysia. AJieb rasa hari tu lah ajieb pertama kali tengok bola lepas tengok masa kecil-kecil dulu., Itupun ayah ajieb yang bawak....


Terserempak dengan Aidit Alfian.

Walaupun tak minat, itulah kenangan manis ajieb melihat karenah orang yang tengok bola. Lebih-lebih lagi peminat MU. Ajieb dah ditugaskan untuk bawa artis tengok latihan MU dan Malaysia. Masa tu ajieb bawa Obri, Aishah dan Qhaud.. Masa tu jugak Ajieb terserempak dengan Tam dan Farish..dia orang semua ni memang kaki bola.
Badang amik gambar dari atas stadium. Best tak?

Kemudian, esoknya pula ajieb bawa Lisa Surihani, Nita, Zahid dan Aliff Satar untuk promosi fantasy football kat booth Stadium Astro. Selain mereka bertiga ini, pemandu F1 Malaysia, Alex Yong pun turun padang. Tak sangka besar juga si Alex ni. Ajieb ingat dia kecik je. Tak sangka besar dan tinggi.


Berborak dengan Aliff Satar.

Lepas tu masa nak tengok dan sibuk hantar artis masuk dalam Ajieb terserempak dengan Anuar Zain, Erra Fazira, ENgku Emran dan Deja Moss yang datang tengok bola jugak...seronok juga tengok bola...dapat rapatkan silaturahim juga. Okey lah ..rasanya itu je kot yang ajieb dapat cerita pasal seharian dalam MU....


Nita fokus promosi stadium astro.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 Response to Tak sangka jumpa pemain MU berdepan

August 7, 2009 at 8:11 PM

ok..i'm sooo jeles!!!! owen!!!