Terima kasih kawan-kawan semua

0 comments
hmmmm....semakin hari ajieb makin sibuk..sampai nak update blog pun tak sempat..yelah mcm2 ajieb kene buat..almaklumlah puasa dah nak dekat. Ajieb pun baru je pindah rumah...apapun..ajieb nak ucapkan terima kasih teramat sangat kepada semua kengkawan yang mengingati hari jadi ajieb pada 15 julai lalu...


Terima kasih buat adik-adik AF7, rakan sepejabat dan teman-teman PR dari rekoding company. Sebenarnya ajieb nak cerita sikit apa yang ajieb buat pada hari jadi yang lepas. pada 15 julai lalu, kumpulan dari indonesia seventeen yang popular dengan slalu mengalah dah datang ke malaysia...mereka buat pelancaran pada hari itu..


Kebetulan pula, life record minta ajieb jadi mc sempena majlis itu. selepas majlis itu, mereka semua ada majlis karaoke bersama peminat di red box the garden. Ajieb pun di ajak bersama. Mula-mulanya Ajieb kekok sebab tak kenal sangat dengan Seventeen..nasib baiklah sampai sana ajieb jumpa dengan kawan ajieb yang kebetulan datang temani adik kumpulan seventeen yang juga rakannya..

Jadi cerialah ajieb...dalam sibuk melayan dan nak balik dari majlis..tiba-tiba kek hari jadi datang dan rupa-rupanya kawan-kawan pr yang juga ada booking bilik di situ nak meraikan birthday ajieb..terharu sungguh ajieb dan seperti nak nangis...

Segala tekanan yang berlaku pada hari itu hilang seketika dan Ajieb terus teringat saat-saat manis saja. Terima kasih semua pr...tapi kalo nak tahu, suprise kek tu bukan untuk ajieb sorang tapi turut ditujukan untuk Sariah iaitu PR untuk Life Record...


Apapun, Ajieb terharu kerana pada majlis suprise tu kumpulan Seventeen ada memeriahkannya walaupun waktu kek datang mereka sudah pun balik...

Malam tu, lepas dia orang balik banyak juga ajieb nyanyi lagu...lepas tension katakan....dalam pada itu, ada juga kisah tak enak berlaku...ajieb rasa biar ajieb sorang saja yang pendam...

Moga jumpa lagi...bye..

Kwn pr ku bersama vokalis seventeen, irfan (rambut macam noh hujan)

If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Terima kasih kawan-kawan semua"