.

.

Tak boleh lupa 2009 dan 2010 ajieb datang ni!

2 comments

Foto terbaru ajieb...Foto Bonie Makeup: Adila

Pejam celik sekejap je setahu sudah berlalu..dan mulai 1 Januari 2010...jika orang tanya umur ajieb..ajieb dah tak boleh cakap 27 tahun..tapi kene cakap 28 tahun walaupun tarikh lahirku 15 Julai...Ketepikan soal umur...itu bukanlah satu ancaman untuk terus berjaya..

Bagi ajieb..mesti ada usaha baru ada kejayaan...walaupun 2009 ajieb tidak tampil dengan program TV..tapi ajieb berterima kasih pada semua kerana masih menyokong ajieb..harap semua sokong dengan tiada penghujungnya ye...

Tapi..ajieb bersyukur kerana ERA FM masih berikan peluang ajieb untuk menjadi penyampai gosip di ERA setiap hari di antara jam 4-5 petang...harap ia akan berterusan lagi dalam 2010...

Tak lupa juga pada Hafiz Hamidun kerana telah memberikan sebuah single raya baru untuk ajieb..walaupun lagu tu tak popular atau orang belum tahu sangat..tapi ajieb seronok nyanyikan lagu raya bertajuk Lalala Raya La...tak lupa juga tahun ini ajieb mulakan karier baru jadi penulis lirik untuk lagu itu dan lagu raya baru yang dinyanyikan Hafiz AF7 bertajuk Yok Beraya...

Kalau dicerita mengenai pengalaman 2009, rasanya sehari pun tak habis..tapi ajieb bersyukur sebab masih berpeluang menghiasi dunia seni tempatan..tak kisah lah sebagai wartawan, pengacara, penyampai radio, penyanyi atau pun pelakon...

Yang penting, ajieb buat itu semua untuk Mak dan Ayah demi mencari rezeki...apapun,..ajieb minta maaf banyak2 dan berterima kasih byk2 pd semua yang pernah bekerja dengan ajieb secara langsung atau tidak langsung..

Minta2 2010 masih lagi sama dengan 2009 tapi dengan ada anjakan yg baru...Diari 2010 ajieb akan dimulakan dengan program web tv baru yang berkaitan dengan AF8...jangan lupa tonton ye...

Kita jumpa lagi dalam 2010....thanks...i love u alll...wassalam..

Teka-teki AC dalam AF8 dipersoalkan...

2 comments
Cakap saja pasal AF..macam-macam orang akan cakap..buruk atau baik....orang yang terlibat kene telan diri sendiri...sekarang ni...ajieb pun tak tahu nak jawap apa tentang AF8...terutama sekali tentang pengacara AF8..peratus AC Mizal dikekalkan atau tidak pun ajieb tak tahu walaupun ajieb kene buat AF8 di Murai...



Tahniah sebab program AC menang! Teringin jadi macam AC.

Tapi kalau ikut pendapat ajieb..AC Mizal harus diberi peluang sekali lagi..bukannya apa...bagi ajieb setiap pengacara ada kelebihan dan kekurangan...kekadang tu kalu kita tahu hos itu gah di depan TV tak semestinya dia 100% bagus...

Ajieb cakap macam ni sebab hos TV adalah manusia biasa dan juga hamba Allah..Lainlah kalao orang tu dah jadi selebriti..dia ada kuasa tukar jadi robot atau makhluk lebih dari manusia...

Ajieb bukannya nak sebelah sesiapa..tapi ajieb tahu..abang AC masih lagi layak sebabnya dia takde buat kesalahan apa2 semasa AF7...namun..itu cuma sekadar pandangan kasar...yang tahu semua ni adalah Allah dan juga mereka yang pernah bekerjasama dengan AC...

Yang penting, ajieb tak kisah sesiapa...target utama sekarang adalah..adakah AF8 boleh melahirkan bakat yang boleh membantu industri muzik ke arah lebih tinggi? Tepuk dada tanya seleralah ye...


PS: Ini ikhlas..bukan propa..harap sesiapa yang baca ni faham...

Ajieb Sibuk Dengan AF8!!!!!

1 comments
Sekarang ni semua orang dah tahu..af8 dah ada..jadi pada yang berbakat tu...silalah hadir..tapi ajieb harap anda semua datanglah dengan keadaan bersedia..kali ini..ajieb sekali lagi diberi mandat untuk menjaga micro site AF8 di murai..terima kasih Boss sebab percaya pada ajieb...

Kali ini, murai akan tampil kelainan dimana kita orang akan ada program web tv special..senang citer program ini adalah cantuman program tangkap muat, diari EXT, diari INT dan debat AF.

Ajieb sekali lagi thanks kepada orang tertentu sebab bagi kepercayaan ajieb untuk jadi hos program ini..tak lama lagi ajieb akan announce ye dia punya nama program...


Malam semalam ajieb baru je habis photoshoot untuk buat promo..nanti bila ada nanti selalu lah bagi sokongan...nanti foto dah siap ajieb akan bagi beberapa gambar ye..

Thanks to Bonie ambil foto..Manakala Kak Dila thanks sudi make-up ajieb ni yang tak hensem..hehehe


Jumpa lagi.

OKAY TAK LIRIK BAHASA MELAYU NI?

3 comments
Hi semua,  kalo post sebelum ini ajieb ada minta pendapat korang tentang lagu korea yang ajieb suka kan..sekarang ni..ajieb baru je siapkan lirik lagu tersebut..harap ok lah ye..cuba korang dengar lagu tu sambil nyanyi ikut lirik melayu ajieb...selamat berkaraoke

klik di sini untuk mendengar melodi lagu Klik untuk karaoke lagu ini


Try la nyanyi dengan lirik ni..kena tak?

Siapa Suka Lagu Ni? Undilah ye!!!!

1 comments
Hi Semua...sebenarnya sekarang ni ajieb tengah kemaruk dengan lagu ni..ajieb suka giler dengan melodi dia..nama kumpulan yang nyanyi ni ialah F.T. Island...tajuk lagu ni dalam bahasa inggeris ialah Until you come back...



 Inilah kumpulan FT Island..


Cuba korang semua dengar lagu ni. apa pendapat korang..sebab ajieb tengah planning nak nyanyikan semula dalam bahasa melayu..


Cubalah korang dengar dengar klik kat sini http://www.youtube.com/watch?v=mE8C_g702FA&feature=related





Bagilah komen tentang lagu ni..rasanya korang suka tak...korang pun nak dengar kat playlist tepi pun boleh...lagu no 4..selamat mendengar dan komen ye..








Emcee Pelancaran Single Naizle

0 comments

Test camera dulu..pose kat umah..

Sebelum ajieb jadi mc untuk pelancaran nurul sebagai duta Glow & Glamor..ajieb jadi dijemput jadi emcee untuk pelancaran muzik video pendeta dan single artis baru Naizle...thanks pada Naizle sebab percaya bakat ajieb dan beri peluang jadi emcee..next time leh panggil lagi...





 Sebelum majlis start borak dengan Mimie dulu..


Masa majlis tu..ramai blogger dan juru kamera terkenal dalam alam maya datang seperti Budiey dan Aida. Tak lupa juga artis dan komposer seperti Sabhi, Omar K, Penyampai Muzik FM, Mimie, Wan Sharmila dan Nadia Tari Tirana...Si Wanna dan Hairi datang last minit..event dah habis..apapun tataplah gambar ni masa sepanjang event dijalankan...


Saje buat muka geram...tak marah kat saper2 pun.



Sambil mengacara mengusik Naizle pasal Stacy.



Pose sebelum balik dengan Naizle, Wanna dan orang kuat Muzik FM, Aril.



Pose dengan Wana..agak gerun jugak la

Thanks Annahita, Thanks Glow & Glamor

1 comments
Dah lama juga ajieb tak singgah jumpe kengkawan kat sini..sorry la..busy..almaklumlah keje kene jalankan...btw. minggu lepas ajieb ada terlibat jadi emcee untuk pelancaran duta produk Glow & Glamor..pada mulanya ajieb pada malam itu dirancangkan bergandingan dengan fida pantene..namun..takde rezeki fida..dan tempat fida digantikan oleh pelakon, model dan penyampai XFM Annahita Bakavoli...

Happy giler masa rehearsel.


Dah lama juga tak dengar cerita dan inilah pertama kali ajieb bersua dan bergandingan dengan dia...memang dia pandai dan petah cakap inggeris..sebenarnya malam tu ajieb kene jadi emcee melayu dan anna jadi emce om putih....


Tergelak bile dengar lawak...

Malam tu memang best dan nurul yang terpilih jadi duta tu pun sangat sporting..yg penting ajieb ucapkan thanks a lot pada G&G kerana kali kedua jemput ajieb..next time boleh jemput lagi..nak suruh jadi duta pun boleh..heheh layak ke?


Dua2 tengah fokus..heheheh

Tak pe..saje gurau2...actually ajieb thanks a lot pada semua yang terlibat dengan event G& G ari tu..kalo korang tak sokong ajieb..ajieb pun tak dapat buat....



Lega dah habis..

Thanks to Aszuad ye...dia yang paling banyak bantu ajieb....heheh..next time ada lagi ajieb bagi tahu ye...lain kali kengkawan kat sini boleh join pulak ye..jumpa lagi...

 
Tengah dengar apa yang Anna cakap.



Ajak tetamu menari dengan Nurul.

Jom ikut Ajieb makan Ayam Penyet dengan Hijau Daun

0 comments
Hi semua..baca la artikel bawah ni..jom la join...




KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2009:  Agak lucu mendengar nama kumpulan Hijau Daun dari Kota Lampung, Indonesia ini. Namun, kemampuan kumpulan yang dianggotai Dide (vokal), Array dan Arya (gitar), Deny (drum) dan Richan (bass) tidak boleh disangkal apabila tercalon sebagai band Indonesia paling popular pada Anugerah Planet Muzik 2009.

Bahkan, kumpulan ini turut memonopoli 4 anugerah dalam Anugerah Indigo 2009 anjuran PT Telekomunikasi Indonesia dengan mendapat anugerah band terbaik.

Lebih menarik, Hijau Daun mencetus fenomena baru di Indonesia kerana dengan hanya single hit iaitu Suara (Ku Berharap), mereka berjaya mendapat kutipan muat turun mencecah 10 juta rupiah (RM3,600).

Tambah istimewa, single tersebut membawa lembaran baru apabila pelakon, model dan hos seksi, Luna Maya berduet dengan Hijau Daun dalam lagu tersebut dan dimuatkan dalam filem lakonan Luna iaitu Janda Kembang.

Bagi meneruskan kejayaan tersebut, Hijau Daun akan berada di Malaysia bermula 16 hingga 19 Disember ini untuk mempromosikan album sulung mereka bertajuk Ikuti Cahaya.

Sehubungan itu, Sony Music Malaysia memberi peluang kepada 10 pasang GengMurai untuk menghadiri sesi ramah mesra yang akan diadakan pada 18 Disember 2009 (Jumaat) bermula jam 4 hingga 6 petang. GengMurai yang terpilih berpeluang bermesra, makan dan mendapatkan cakera padat Hijau Daun yang ada autograf sekali. 

Jadi, siapa yang berminat menghadir majlis ini di Ayam Penyet Sunway Mentari, anda boleh menghantar emel ke webmaster@murai.com.my bersertakan foto, alamat, no kad pengenalan dan nombor telefon anda sekarang. Siapa cepat dia dapat. Pastikan maklumat yang diberi adalah tidak palsu.


INFO AHLI HIJAU DAUN:
1. Dide: Vokal, gitar akustik/Kelahiran Gunung Batin/28 tahun.
2. Arya: Gitar Akustik/Kelahiran Bandar Lampung/27 tahun.
3. Richan: Bass/Kelahiran Jakarta/ 25 tahun.
4. Array: Gitar/Kelahiran Bandar Lampung/ 28 tahun.
5. Deny: Drum/ Kelahiran Bandar Lampung/ 24 tahun.

PENCAPAIAN

1. Tersenarai dalam calon Artis Paling Popular di Anugerah Palnet Muzik 2009.
2. Memenangi ‘The Most Spectacular New Comer “ Terdahsyat (The Most Spectacular)” pada 2009 di RCTI TV Music Program “Dahsyat” di Indonesia.
3. Memenangi 4 Anugerah dari 11 anugerah yang di anjurkan oleh PT Telkom. Anugerah ini merupakan pertama kali di anjurkan oleh PT Telkom dan disiarkan secara langsung oleh Trans7 TV Indonesia. Anugerah tersebut ialah Artis Terbaik Sepanjang tahun, Artis Baru Terbaik, Band Terbaik dan Pop Artis Terbaik.

121209 hari malang buat ajieb

1 comments
Sebelum ini..ajieb penah berangan dan cakap dekat blog..ajieb kalau boleh nak tamatkan zaman bujang pada 121212..namun...selepas apa yang berlaku semalam iaitu 121209..ajieb jadi takut dan akhirnya ajieb redha dan akur apa yang terjadi semalam..

Ajieb sedih sebab semalam ajieb plan semua tak menjadi...mcm2 halangan ajieb terima..sampai ajieb yang sepatutnya dijemput jadi MC untuk birthday Dafi tak dapat dibuat..ini semua gara-gara ajieb sesat dan ada masalah yang berlaku sebelum itu...

Pinjam gambar dari blog kat watie.

Ajieb minta maaf sangat pada Dafi dan semua Dafinites..ajieb bukan sengaja..ajieb sebenarnya dah ready tapi disebabkan lambat dan sesat...semua planning tak jadi..apapun ajieb ucapkan tahniah ye...

Jangan pula ada yang tersinggung ok...Insya-Allah pada masa akan datang ajieb akan buat...happy birthday dafi.

Bagaimapun, ajieb rasa gembira sebab dapat jumpa kawan baikku merangkap kakakku iatu kak Waty..dapat juga borak dan jumpa dengan dia..lama giler tak jumpa..bila cakap dengan dia...segala masalah lega..thanks kak waty..tak lupa nita dan erna...nanti kita jumpa lagi ye.

Ajieb jadi Hantu Drama Korea!!!!

6 comments
Dulu..ajieb selalu sound kat sepupu ajieb..nama dia huda...ko ni asyik tengok drama korea je..sedap sangat ke...selalu sangat ajieb perli...satu hari ajieb pun join la dia tengok...

lepas tengok...teruk ajieb dibuatnya sebab ajieb jadi demam n giler pada semua drama korea..sejak dari tu..ajieb selalu menghabiskan duit beli cd n sampai tak tidur malam nak menghabiskan 1 cerita...bygkan 1 cerita 26 atau 16 episod...tak panas punggung?


Heheh...apa pun..sekarang ni ajieb masih melayan dan merasakan cerita korea dekat dengan diri ajieb...kekadang tu hilang tension la jugak....kat bwh ni antara cerita yang ajieb suka tengok...


Sassy girl chun yang...ni cerita pertama ajieb tengok...best giler....jalan cerita yang bagus sekali..lagu pun best.



Ni pun best..my girl,,lagu pun best..lakonan pun bersahaja. berangan juga nak jadi mcm hero tu..cool je.



Princess hours ada jalan cerita lain dari lain...best..ajieb memang suka heroen dia...ajieb siap beli n tengok sekual dia...tajuk prince hours..tapi yang ni lagi best...




Yuhee the witch...citer yang sempoi dan kelakar..



Citer ni pun best giler...heroen pujaan ku..pandai giler dia berlakon...best best best..ajieb suka macam ajieb suka sassy girl chun yang...



Citer ni tak sampai sebulan lagi ajieb tengok..tajuk dia Who Are You...kisah pasal bapa...ajieb tengok nangis juga..terus rindu pada ayah ajieb...



Ini pun best giler....boys over flower..ajieb suka tengok sebab ajieb dah tengok versi jepun dan taiwan..tapi ni paling best..sampai ajieb nak buat cerita ni sendiri.


Lady Castle..heroen yang ku suka...cerita paling baru dan baru sehari lepas ajieb tengok...memang best...beli la..belum keluar kat tv mana lagi...best tau


Hehehe...sebenornya ajieb dah banyak tengok..yang baru ajieb ada tengok partners, cinderella man...dan ada banyak lagi tajuk yang ajieb tak ingat tajuk ye..tapi nilah antara yang ajieb suggest untuk korang tengok..saper yang tak minat korea cubalah pilih antara yang kat atas ni..mesti korang jadi suka...

Selamat mencuba..chaiyook.



ARTIS PALING POPULAR ABP09 VERSI 2010 SUKAR DIRAMAL?

1 comments
Setiap akhir tahun je...semua peminat artis mesti trun padang untuk ke pilihanraya..tapi bukan pilihanraya nak pilih pemimpin..cuma nak pangkah pilih saper artis paling popular..

Beberapa hari lepas, Berita harian yang gah dengan Anugerah Bintang Popular sudah pun mengumumkan anugerah tersebut...dan sekarang ni senarai calon awal pun dah dikeluarkan...

Pada kebiasaannya...setiap tahun ajieb bolehlah meramalkan saper yang leh menang untuk Artis Paling Popular...mcm tahun lepas..ajieb memang dah agak Nabil leh menang...tapi untuk tahun 2010 ni..ajieb tak sure lagi

Tapi masa ajieb borang dengan kengkawan...ada yang cakap utk kategori pelakon TV lelaki dan wanita dah konpem pemenangnya...yelah saper lagi kalo bukan hero dan heroen drama Nur Kasih...Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah...

Mampukah Siti ambil semula takhta dari Nabil?

Selain tu, utk kategori artis barulah yang selalu tepat tekaannya...tiap2 tahun bintang af mesti menang...mestilah jatuh pada juara AF yang baru..tapi untuk tahun ni ajieb rasa ada persaingan sikit pada artis baru lelaki..

Mungkin orang kata Hafiz mudah untuk mengambilnya..tapi ajieb lihat Akim dan Aril juga boleh menakluki anugerah tersebut...ajieb tak payah cakaplah...korang semua mesti tahu menilainya..tapi saper tahu..itu semua rezeki...kekadang kita ramal orang tersebut boleh diramal jadi top 5...

Kalo artis baru lelaki..dalam jangkaan ajieb top 5 rasanya Hafiz, Akim, Aril, Black dan ......Mungkin juga Yazid, Naizle dan sesiapa saje...ini semua terserah pada rezeki dan peminat..

Dan yang paling penting....artis paling popular ajieb rasa berkemungkinan besar Dato Siti akan rampas balik...paling tidak pun bersaing dengan Aznil, Faizal Tahir dan beberapa nama baru....sekali lagi..susah diramal dan pada rezeki saja...

Yang paling penting, ajieb rasa terharu kerana tahun lepas tercalon dalam senarai awal...ajieb doakan saper yang tercalon agar terus maju...

PS: Ini hanya pandangan ajieb saja....

AZAM SAMA DENGAN ANGAN-ANGAN?

1 comments
Bulan disember sudah pun masuk minggu ke-2...nampaknya sekarang ni mesti semua orang tengah planning apa nak buat untuk tahun 2010..dan paling tidak mesti ramai tengah pikir nak habiskan cuti yang berlambak tu kan..Aisehmen...

Walaupun ajieb duk pikir bila nak habiskan cuti yang bertimbum tu..ajieb pun pikir juga apa sebenarnya ajieb nak buat untuk tahun depan...fening kepala jugaklah kan...yelah tahun depan dah tak boleh cakap umur 27..tapi..28 tahun...

Tugas ajieb selalu nak ty artis apa azam tahun baru..dan bagi ajieb azam itu penting. Namun...bila pikir balik..azam dan angan2 ada sama jugakan...itu pendapat ajieb...

Setakat ni ajieb masuk bingung apa nak azam..tapi yang tak pernah lekang dari senarai azam ajieb adalah.....azam nak buatkan mak ayah dan adik2 bahagia...kalo boleh tahun depan ajieb nak besarkan rumah mak bapak ajieb...azam ni sebenarnya dah ajieb pasang masa ajieb sekolah lagi...

Nak ubah umah mak ala-ala mcm ni.

Harap2 2010 semua dapat menunaikan azam itu...Selain itu, ajieb juga ada keinginan untuk develop karier lagi untuk maju lebih depan...ajieb sedang berusaha untuk merealisasikan single ajieb itu selain beberapa rancangan baru...doakan ye...

dalam planing ajieb...memang banyak..tapi sebagai Hamba Allah..kita hanya mampu merancang..tuhan yang menentukan segalanya...

Dlm pada merancang..ajieb terfikir adakah ajieb ni sampai umur 28 tahun genap..sebab ajal maut ditangan tuhan..Tapi Ajieb selalu doa..sebelum pejam mata selamanya..ajieb nak bahagiakan mak dan ayah...ajieb nekad...

Jadi...marilah kita sama berniat dan berazam...dan paling tidak pun berangan..tapi janganlah berangan yang keluar habuk saja...usaha penting...

PS: Mungkin sambut tahun baru di Melaka..Saper nak join?

Yang Mana Satu Cinta Dan Kawan?

3 comments
Hai semua...mungkin korang terperanjat baca tajuk kat atas ni kan..sebenaranya..saje je ajieb letak sebab ajieb ada story nak tanya kat korang semua...harap korang boleh lah bagi pendapat tersendiri.

Anggaplah (kiri) A, tengah C dan pakai cermin mata tu B. (Ini bayangan ABC)

Ada seorang lelaki A menyukai wanita yang cukup cantik iaitu C. Mereka berkenalan hampir setahun. Setakat ini mereka memang akrab..bila orang tengok A & C mesti cakap mereka ni macam kekasih..Tetapi C ni ada kwn baik lelaki iaitu B..C kenal B sejak mereka belajar lagi...

Sebelum A mendekati C, A pernah tanya hubungan C dan B. mereka berdua jawab hanya kawan rapat saja. A percaya dengan itu...tapi baru-baru ni A suspek something..sebabnya masa makan malam bersama B ada sekali..

Tapi A tak kisahlah sebab B selalu join sekali..namun, hari itu A makin keliru bila tengok C marah-marah kat B..Yelah. C marah seolah-olah B tu kekasih dia.. masa marah tu A ada depan B bersebelahan C..Masa marah tu, B bertegas dan cakaplah cerita dia semua dengan C.

Tapi bila cakap dengan A, C berlembut saja...cakap macm biasa..sekarang A tertanya-tanya benarkah B dan C hanya kawan..Ini kerana A sebenarnya dah betul2 suka kat C?

Sebenarnya A menunggu masa yang sesuai untuk cakap dengan C...Tapi A tak mahulah jadi penyebab kalo C dan B nak bersama tak boleh...

Bila Ajieb dengar kisah ni, Ajieb pun susah nak cakap..sebab ni semua terpulanglah pada hati A, B dan C...dan ajieb rasa dah macam drama korea lah pulak..

Apa pendapat korang tentang cerita ni...mana satu cinta dan mana satu kawan...apa yang patut A buat? Ajieb cuma mahu menolong A mencari jawapan..

Apa sekalupun yang berlaku, Ajieb harap A B dan C temui jawapan pasti. Terutama sekali A...Good Luck!

LIRIK SINGLE AJIEB...

1 comments

Setakat ni tajuk dia Jangan Tinggalkan Aku.

Hai semua, sebelum ni ajieb pernah cakap..ajieb akan keluarkan single..sebenarnya..single ni dah lama terperap tapi belum ada kesempatan untuk rakam and buat dia punya betul susunan lagu..lagu ini adalah hasil nukilan kawan ajieb..nama dia reza..melodi dan lirik dari dia..

Tapi..memandangkan lagu ini akan ajieb nyanyikan..so ajieb pun ubah sikit-sikit lirik ni..untuk bagi sedap lagi..jadi..korang bacalah lirik di atas...berikanlah pendapat tentang lirik ni..

Lagi satu..doakanlah agar ianya cepat dirakamkan...harap korang paham maksud lirik ini.

Foto Ajieb dan Mimie dari Ijan

3 comments


DRAMA APA LAK NI EIK?

Hai semua..hari ini ajieb baru je dapat gambar baru daripada kawan ajieb yang memang pakai tangkap gambar..memang menarik gambar dan touching dia...kalau nak tahu..ijan ni memang glamor dikalangan photographer online...


SESUAI KE?

kalau pergi kat flicker dia mesti korang kagum tengok touching dia..ni link ke klicker dia http://www.flickr.com/photos/mizanen/sets/...tapi ajieb nak bagi tahu..mesti korang tertanya kan..kenapa ajieb gambar dengan Mimie..


SERAM KENE PEGANG.

Sebenarnya, masa tu kita berdua update gambar baru..lepas tu cameraman minta kita orang pose berdua..lepas tu mcm-mcm la aksi dibuat...dah jadi macam berlakon drama pulak..


TAK PERNAH RAMBUT PANJANG.

So...korang berilah pendapat korang tentang gambar ni ye..thank Ijan...lepas ni boleh amik lagi..

Beli Bio-Aura secara ansuran!!!

0 comments

Foto masa media screaning 2010 media prima

0 comments

Wartawan, PR dan kameraman.

baru-baru ni, ajieb kene pi  bertugas cover pasal screning media prima..ajieb tengok banyak program menarik..dan salah satunya drama kesukaan ajieb iaitu Boys Over Flower akan ditayangka di 8TV..antara banyak2 channel..ajieb suka dengan TV9 punya..sebab program dia best2..itu ajieb cakap berdasarkan tengok sekali imbas je la..



Nabila pun ada...

Tapi takut kekadang propa je...heheheh...dan yang paling..masa bertugas tu ajieb jumpe ramai kengkawan media..jadi kita orang pun bergambar sama...PR2 media prima pun join sekali...best wok!! pinjam tagline aril jap..heheh

Oklah..tengoklah gambar kengkawan yang gambar sama..ini foto yang ada dalam kamera cameraman murai je...


Kat tengah2 tu pengacara quikie 8TV

Foto profile terbaru Ajieb.

1 comments

Ok tak macam ni?

Akum semua...sebelum ni ajieb ada cakap nak buat sesi photography kan..ha..seminggu yang lepas ajieb baru je buat..ajieb buat dengan mimie my star lg sekali...thanks to make-up artiste yang menaja make-up kami  berdua..



Sekadar mencuba imej ini.
Tak lupa jugalah pada Baung.com (Jepf), Ijan, Kawan Jepf (sorry tak ingat nama) dan bonie yang sudi ambil gambar kita orang..korang memang panda amik gambar...



Inilah diriku! Okay tak?

Apapun, jangan pula terperanjat tengok gambar2 ni tau..ini sekadar mencuba saja..jangan ada pula yang salah anggap..tapi kalo korang rasa perlu perbaiki bagi tahu ye..selamat menatap gambar ku.

Tahniah adikku Hafiz...lepas ni kawen pulak..hahah

5 comments

Berebut.ijazah...jangan berebut saper nak kawen dulu dah la ye..


Hai semua, agak lama la ajieb tak memblogkan diri..sebenaranya ajieb sibuk...BTW, sebenarnya ajieb nak ucapkan tahniah pada adik ajieb. Nama dia Hafiz..tahniahlah sebab dah konvo..dan tahniah jugak sebab dah dapat keje..lepas ni tahniah lagi la sebab nak tunang n lepas tu kahwin...hahahaha..jangan marah ye..abang gurau je.

Tapi ajieb nak story pasal hari konvoo hari tu. 24 Oktober 2009...teringat ajieb masa konvo n belajar dulu..almaklumlah..belajar kat UiTM shah Alam jugak..banyak memori ajieb kat sana..

Tak sangka ye..banyak yang berubah..mcm ajieb pun kene berubah untuk berjaya...hi..hihi...masa hari tu ajieb kene jaga nenek ajieb yang ikut nak tgk cucu konvo..tapi masa ajieb dia tak ikut..nasib baiklah ajieb ada..boleh lah ajieb tunjuk jalan..ada jugak yang ibu bapa nenek atuk yang lost hari tu..kesian..tapi semuanya meriah...

Yang penting, ajieb sedih masa tengok mak dan ayah berpelukan dengan adik..terharu dan sebak...ajieb faham perasaan tu..dan ajieb janji pada mak n ayah akan buat anda happy lagi...

lepas ni ajieb akan bekerja keras lagi nak bagi kebahagian...hehehe...cedih lah pulak..oklah..selamat lihat gambar..kita orang saja je pose macm ni...nak kelainan..tak formal sangat..betul tak?


  Tahniah!!!!! Jangan lupe mak dan ayah tau!


Foto futsal yang tertinggal...

1 comments

tengah bersedia nak ambil gambar.



dengan team lawan...selebriti kosmo.



masa untuk buka hadiah..horeey walaupun kalah..

Seronoknya Futsal Walaupun Ajieb......

3 comments

Inilah team fantastik murai.

Hai semua...ha..ahad malam ari tu ajieb pergilah ke sport planet untuk futsal kosmo...hehe..ajieb dah bagi tahu korang kan..team murai sepatutnya diwakili oleh Hafiz, Mila, Yazid, Akim, Aril, Ika Nabila, Anita Baharom dan Amar...tapi bila tiba waktunya hanya Hafiz, Aril, Akim, Amar, Anita bAharom yang tak berubah..tempat yazid dan Mila pulak digantikan Stacy dan Chaq..manakala ajieb pula kene ganti Ika...


Kita orang mainlah suka-suka..tapi tak sangka kene lawan team media yang kuat giler..mula-mula seri tapi kalah sebab penalti...tak kisahlah..yang penting kita orang semua nak suka-suka....terima kasihlah kepada semua yang bagi sokongan..next time boleh join lagi ye..

Jom Main Paintball

0 comments

Hi semua, lupa nak bagi...esok pagi sebelum ajieb turun padang ke shah alam pi futsal kosmo uruskan team murai..ajieb pagi2 lagi akan ada kat astaka pj untuk main paintball anjuran sinar fm..ramai juga yang main..dan ini kali kedua main...masa kali pertama main dulu, shawal main dalam team ajieb....kita orang dapat tempat ke-3....kali ni ajieb dengar semua penyampai sinar ada dan pelakon sedang top remy ishak pun ada...jadi kalo nak datang tengok jom la...kat padang astaka yang dekat dengan amcorp mall...

Jom Pi Shah Alam Meriahkan Futsal

0 comments
Hai semua, Ahad ni free tak? Kalo free jomlah join ajieb kita pi Sport Planet Shah Alam...Ajieb akan ada kat sana dari kul 2 sampai malam..korang datanglah meriahkan dan sorak pasukan murai...kat bawah ni adalah pemain yang mewakili team murai...



Lepas tu kalo korang nak jadi pasukan sorak murai hantarlah penyertaan sekarang..nak tahu syaratnya bacalah kat murai...tak pun hantar terus emel ke webmaster@murai.com.my.

Datang tau jangan tak datang..leh kita borak2...Itu pun kalo ada yang sudi..