Gerun Sepentas Dengan Orang Popular

1 comments



Termenung Jap Tunggu Majlis tak start lagi.

Semalam iaitu 17 Februari pada raya deepavali, spt yg dirancangkan ajieb ditugaskan menjadi hos untuk rumah terbuka dato' ahmad di bangi..Dato Ahmad ni adalah jiran kepada Mawi..jadi mawi dan ekin pun datanglah..

Majlis malam tu start pukul 830 walaupun pada asalnya kene start kul 745..ajieb kul 6 dah terpacak kat sana..tapi artis yang lebih awal ada kat sana ialah Liena Hangat...Ajieb datang sekereta dengan Yazid AF7...lepas kita orang barulah kumpulan Sinoritas sampai....hehehe..tak kenalkan..tak pelah yang penting dia artis baru...

 
Yazid pun sama termenung..Artis disiplin katanya..Datang awal!!!!


Lepas tu barulah Arnieza Amir, Rem, Dato Ahmad Jais, Dato Ali Mamak, Acapan dan Sabhi sampai...dan yang paling last sampai si cantik tu saper lagi kalu bukan Diana Danielle..


                                     Diana siap pose dengan beg tangan seh...nak promote ke?

Malam tu ajieb macam biasalah kena buat orang tergelak dan mcm2 lagi..Ajieb buat 3 segmen games iaitu Tom Tom Bak, Kelab Pop dan Sehati Berdansa..very the promote astro...staff astro katanya....

Mlm tu juga ajieb berduet dengan Diana dalam lagu My Heart..Yang penting, kebetulan kita orang pakai baju sama warna..tak rancang tau...heheheheh

Mulanya ajieb ingat majlis ni macam biasa je..tapi disebabkan ada 10 artis..dah rasa mcm buat konsert  la pulak..apapun, thank dato dan datin sebab sudi jemput kami semua...




Segmen Sehati Berdansa.Anak Dato yang laki pun kene..

Nak tahu apa lagi yang berlaku? Banyak tapi tak tahu nak cakap macam mana...next time join la ye..Insya-Allah, 31 Okt dan 1 Nov ni ajieb ada show lagi kat Sepang...jom lah join..nanti ajieb dah konpem ajieb postkan details ye...

Selamat Deepavali...dan selamat habiskan raya aidilfitri...
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

1 Response to Gerun Sepentas Dengan Orang Popular

October 21, 2009 at 12:03 AM

ajieb!! kem salam yazid tu..aku suka dia tu. Lawak giler! tapi ko kenal ke aku lagi???? -amie uitm