Buat & Nyanyi Lagu Raya Baru

2 comments
Hai semua..puasa tak?

Tahun ni raya ajieb sangat istimewa kerana inilah kali pertama ajieb jadi penulis lirik. Dan yang paling best, lirik untuk lagu raya. Tambah best giler, bila lagu raya itu dinyanyikan Hafiz AF7. Untuk lagu raya yang bertajuk Yok Beraya ni adalah kerjasama ajieb dengan Hafiz Hamidun. Dia telah baik hati mahu bekerjasama dengan murai untuk menghasilkan lagu rasmi micro site dalam murai.. Micro site raya lah...

Harap sesiapa yang minat Hafiz boleh lah minta lagu ini diputarkan di radio..Bagilah sokongan kepada kami...paling tidak pun pada Hafiz AF7...

Oh ya..dalam pada buat lagu Hafiz..ajieb pun cipta sejarah apabila ada lagu raya sendiri..Lagu ini Hafiz Hamidun yang buat..lirik sudah tentu ajieb sendiri...ini lagu suka-suka..buat pun last minute..hanya untuk berkongsi bakat dengan kengkawan semua..tajuk lagunya simple dan mudah di ingat..


La La La Raya La..inilah tajuk lagu raya ajieb.kalo nak dengar dah boleh minta kat dj radio semuanya...harap kengkawan gembira dengar lagu ini...

Oklah..itu je ajieb nak citer untuk post kali ini..Selamat mendengar lagu raya kami ye..wassalam..

widget
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

2 Response to Buat & Nyanyi Lagu Raya Baru

Anonymous
September 12, 2009 at 3:05 PM

ajieb..knpe ek murai tak pggl stacy tuk yok sahur skali ...chaq murai pggl plak..hmm pelik btul..pggl lah stacy skali..kkk..tq.. stacy pun puasa gak tau..haha..peace..

September 14, 2009 at 4:54 PM

pasal benda ni ajieb tak boleh ckp apa. sebabnya rekod label yang antar artis.