.

.

Siti Undur Diri Bukan Benda Baru Dalam ABP

2 comments
Hari ni, ramai peminat siti terkedu dan terkejut apabila artis kesayangan itu telah pun membuat kata putus bahawa tahun ini merupakan penyertaan beliau yg terakhir utk abp. Difahamkan, Siti mahu berehat sejenak dan beri peluang pada owg baru..


Apapun, ajieb merasakan apa yang dilakukan siti ni bukanlah benda baru. Yelah sebelum ni pelakon hebat Rosyam Noor pun pernah buat perkara yg sama dengan menarik diri. Mungkin punca dan tindakan Siti lebih kurang sama namun penyebab utama tidak siapa tahu..

Hanya Siti dan Rosyam saja tahu kenapa mereka lakukan begini. Bagaimanapun, bagi ajieb..perkara sebegini terjadi apabila mereka berdua sering membolot anugerah yang sama dan banyak menerima dugaan.

Ada baik dan buruknya mereka buat sebegini. namun, kepada peminat SIti..harap terima dengan redha. Bila difikir, perkara sebegini boleh dikatakan menjadi budaya ABPBH terutama sekali buat mereka yg sering menang dalam ABP untuk kategori yg sama..

Siapakah selepas Siti? Mungkinkah Aznil akan turut menyertai Siti dan Rosyam. Yelah, Aznil pun dah banyak tahun menang kategori pengacara TV lelaki popular..

Secara jujur, ajieb rasa populariti ni tidak boleh diduga dan juga tak boleh dibuat apa2..populariti adalah penghargaan peminat buat artis yang disayanginya...Yang penting, jangan pula ada yang bermasam muka dan tak gaul dengan sesiapa yang popular..

Sebenarnya, popular bukan saja pada artis tapi berada dalam sekeliling kehidupan kita. Di sekolah ada pelajar dan guru popular begitu juga di medan selera mesti ada kedai yang popular

Manusia tak boleh lari dari populariti...yang pasti adakala populariti boleh merosak jiwa dan adakala memberi penawar...wah..berfalsafah pulak ye..

Yang penting, ajieb juga rasa sedikit sedih dengan keputusan Siti. Mungkin persaingan sudah tidak ada lagi...

Target Ajieb Untuk Februari 2010

1 comments
Setiap manusia hidup mesti ada target. Takde org pun hidup tanpa target. Tak kisahlah orang tu waras atau tidak waras atau sebaliknya...yg penting, mereka yang bergelar Hamba Allah wajib ada target..

Target juga boleh diibaratkan sebagai azam..tp org selalunya cakap azam bila nak jumpa tahun baru..untuk 2010 ajieb akan buat target...ajieb mulakan dari bulan februari lah ye..

Bagaimanapun, Januari banyak juga target yg ajieb dah dapat buat..berikut adalah target ajieb untuk bulan Januari.

1. Memulakan penggambaran program Apa Kata M?
2. Menjadi pelakon atau model untuk video klip.
3. Mendapatkan lagu tema merangkap single ajieb.

Alhamdulillah, ketiga2 ni dah dapat ajieb buat..sekrang target ajieb bulan 2 pula adalah

1. Menayangkan program apa kata M.
2. Mengeluarkan single pertama kepada orang ramai.
3. Memainkan lagu di radio popular.
4. Menubuhkan kelab kawan secara rasmi.
5. Memperluaskan bidang dalam perniagaan Bio-Aura.

Insya-Allah, 5 target yg atas ni mahu direalisasikan. Apapun, ajieb masih mengharapkan sokongan semua terutama sekali target 4 dan 5. Bila yg 4 dan 5 dpt ditunaikan, Insya-Allah kita akan jd lebih rapat.

Ajieb harap anda doakan target ajieb ini tercapai. Aminnnnnnnnnnnnn,,,,

Murai tempat ajieb bermula

0 comments
Dulu..ajieb bukanlah seorang wartawan atau pun pengacara. Ajieb cuma sekadar pereka grafik dan juga wartawan sambilan.. Dengan kepercayaan diberikan abang len, akhirnya ajieb menjadi pengacara dan editor di murai.com.my

Inilah produk yg ajieb suka..selepas 2 tahun membesarkan murai yang dah masuk tahun ketiga ini...perasaan ajieb bercampur dan berkelodak..tak tahu kenapa...mungkin inilah dikatakan peningkataan usia yang lagi 2 tahun nak mencecah 30 tahun...

Walauapapun, ajieb bersyukur selama ini apa yang ajieb buat dapat sokongan dan ade juga yg tak puas hati dan dengki..nak buat macam mana..inilah lumrah manusia..tak kisahlah keje apa sekalipun..ia tetap terjadi....

Dugaan yang diterima memang macam2..ada ketika boleh buat ajieb terduduk..tapi keluarga kawan dan orang yang meminati bakat ajieb banyak menyokong..thanks!!!!!!!
inilah saja yg dpt ajieb berikan..

Insya-Allah..ajieb akan lakukan sesuatu...dan yang pasti..pada malam sambutan ulangtahun murai ke 2 ajieb suka, duka dan macam2 lagi...

Yang penting, malam itu ajieb nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Anisha Haniff kerana menaja pakaian dan buatkan ajieb macam MJ. Tak lupa juga buat Maybelline yang dah buat ajieb make-up mcm MJ...


Wajah sebelum dan selepas majlis..Lain tak?

Ahad ini..ajieb akan jd hos untuk ulangtahun budiey.com yang dibuat di Times Square. ramai artis yang dijemput..kalo nak datang pi la blog budiey...jumpa lagi..

NAK CARI SPONSOR ALATAN MUZIK INI

1 comments
Pertengahan februari depan, ajieb kene buat photoshoot artis..tema photoshoot tersebut adalah muzik..oleh itu ajieb kene cari props untuk artis2 itu berposing..sekarang ni ajieb nak cari alatan muzik tradisonal macam kat bawah ni..

 
 
 
 
 
 
 
 
 


So bagi sesiapa yang tahu sesiapa yang boleh bagi sponsor dan ada alat muzik macam kat bawah ni..ajieb minta sesangatlah bagi tahu ajieb..siapa yang sponsor boleh letak kredit kat setiap gambar yang dihasilkan..projek ni untuk murai...

Tolong email ajieb kat aajieb@gmail.com untuk sesiapa yang tahu kat mana nak dapat barangan ni secara sponsor ye..thanks..

Jimmy Shanley kenekan Ajieb

2 comments
Seronok betul ajieb sebab dapat join buat showcase AF8 kat hotel the Zone JB..thanks la pd orang jb yg memang sporting dan giler2..yg penting ajieb syok dengan orang kampung....hehehe


Selain join showcase ajieb juga sibuk buat rakaman apa kata M? nasib baik semuanya berjalan lancar walaupun ada pertukaran konsep disaat akhir...

Sambil sibuk dengan showcase dan rakaman apa kata M?..si Jimmy Shanley pun interview ajieb untuk trek selebriti AF8....

Terkejut betul bila Jimmy cakap dia dapat tahu berita terbaru bahawa ajieb shortlisted jadi pengacara AF8...walaupun terkejut ajieb tak percaya dan hanya tahu ia sekadar usikan saja...kalo betul mesti ajieb dah tahu..tapi tak tahulah...

Yang penting ajieb pun sempat juga kenakan jimmy..pasal dia nak kahwin julai ni...seronok..kalo tak percaya tunggulah trek selebriti tau...

Oklah..nanti ajieb update lagi ye..

Ajieb Bukan Hos AF8 Tau!!!!

3 comments
Seronok yang teramat sgt..tulah yg ajieb dpt gambarkan masa ajieb bukan shooting apa kata M semalam (ahad 10 Jan). Terima kasih kepada mereka yg menyokong program baru ni...Harap2 nanti semua suka dengan apa yang ditayangkan nanti..

sedikit hint psl ep 1. selain kita orang buat make-over dan bg hadiah dr Maybelline..kita orang juga ada menaikkan isu dan bertanya kepada artis yg hadir spt Aril, Nubhan, Saida, Rizal tentang pengacara AF8.

kelakar juga bila dia orang cakap ajieb antara calon yang sesuai...padahal ajieb masih lagi jauh dan perlu banyak lagi belajar..skrg ni pun ajieb bersyukur sebab diberi peluang mengacara program Apa Kata M?

BTW, thanks la sebab dia orang ada cdgkan nama ajieb..secara jujur...ajieb juga ada pilihan sendiri...bagi ajieb tak salah maintainkan AC Mizal..tapi tak salah juga gunakan muka baru...Ajieb rasa yg paling sesuai adalah Reza atau Abg Alam.....tak tahu kenapa tapi itulah antara yg terkini dan termuat dalam minda ajieb...mungkin ajieb pun terlepas pandang saper yg lebih sesuai...

yang penting, mereka pun ada jawab utk pengetua..namun, kalo korang nak tahu siapa pilihan dia orang,,tunggulah nanti...

Inilah program baru Ajieb..

6 comments
Sebelum ni ajieb ada cakap kat korang yang ajieb akan muncul dengan web tv show yg berkaitan Af8. inilah dia programnya yang berjudul  apa kata m? Bermula Ahad ni iaitu hari kedua uji bakat af8...ajieb akan shooting utk program ni..

Ok tak? Inilah dia look untuk apa kata M.

Kalo korang semua nak tahu program ni macam mana kenelah tengok nanti. Tapi yang penting program ni akan bagi sesiapa yang bertuah hadiah...syaratnya cuma ada mestilah pengguna produk maybelline dan membawanya sekali tau...

Yelah...program ni adalah tajaan dari Maybelline...heheh...harap korang sudah menyokong dan menonton serta mewarwarkan pada orang ramai tentang program ni ye...

Kalo sape nak join..datanglah uji bakat af8 nanti...kalo nampak ajieb try2 lah panggil nama ajieb...ok c ya.

Ajieb Dijemput Jadi Hos Chillex Tunes!!

1 comments
Esok bemula dari jam 11 pagi, Ajieb akan ada rakaman program hiburan bertajuk Chillex Tunes. Tapi ini bukanlah program untuk mana2 stesen Tv. Namun, ia sekadar project final student MIIM..

Ini merupakan kali ke-3 ajieb menolong dan membantu student dari MIIM. yang pertama program muzik kita dan satu lagi talk show berkaitan filem Momok The Movie.

Tengah di touch up oleh kak dila n anjee..

Ajieb suka bekerjasama dengan dia orang sebab ajieb pun pernah jadi macam dia orang..Masa pertama kali buat program Muzik Kita..ajieb tak sangka program tu menang program MCP terbaik anugerah antara kampus...Gerun jugaklah mendengarnya..

Walaupun kemenangan tersebut bukanlah diberikan kepada ajieb..tapi ajieb bertuah kerana dipilih menjayakan program muzik kita bersama dengan  Hafiz Hamidun, Julia Suria FM dan Mohram..

Dan esok untuk program Chillex Tunes, ajieb dapat tahu pada mulanya tempat ajieb dibuat oleh pengacara dan pelakon Farish Aziz. Bagaimanapun, disebabkan jadual Farish tak free, ajieb pun dipilih budak2 ni untuk menggantikannya...

Sungguhpun ia sekadar projek pelajar, ajieb agak gerun jugak dan rasa terharu sebab bebudak ni sudi dan pandang bakat ajieb..Harap semuanya akan berjalan lancar esok..

Dan kepada sesiapa yang turun the curves esok dan ternampak ajieb..jangan lupa tegurnya..mungkin ajieb tak perasan..doakan semuanya berjalan lancar..

Inilah rakaman pertama untuk 2010..selepas ini ajieb buat rakaman untuk program AF8..hehehe..boleh lah berlatih dengan program ini.

DR Sheikh Pilih 101010 untuk kahwin!!!!

0 comments
Semalam 1/01/10, angkasawan pertama kite yang hensem tu, Dato Dr Sheikh Muszpahar Shukor dah pun bertunang dengan Dr Halina...Tahniah! Dr Lina sebab dapat orang Malaysia pertama jadi teman hidup....


Tahniah!!! DR Sheikh.

Masa ajieb baca artikel pertunangan mereka ni..ajieb tetiba tersedar bahawa Dr Sheikh yang ajieb pernah jumpa dan borak masa satu ketika ini tlh memilih tarikh paling cantik 2010 iaitu 101010 untuk berkahwin...Mungkin tarikh tersebut juga macam-macam berlaku seperti tarikh tahun lepas 090909...

Walaupun Dr Sheikh cakap ia sempena ulang tahun ke-3 dia bergelar angkasawan..tapi mungkin ia kebetulan dan rezeki bagi dr sheikh..mungkin juga wedding of the year 2010 milik dr sheikh..saper tahunkan...

Apapun, ajieb ucapkan tahniah..nanti jangan lupe jemput sudah lah ye..terima kasih juga sebab pernah menjadi antara blogger paling aktif di murai.com.my.

Tahniah Annahita Jadi Hos MHI

0 comments
Nak jadi pengacara TV bukanlah sesuatu yang mudah...kena usaha betul2 baru leh dapat jadi hos tv...sebelum ni ajieb pernah bagi tahu korang..ajieb pernah bergandingan dengan Annahita utk hos pc pelancaran Glow & Glamor...masa tu ajieb baru pertama kali jumpa..


Good luck for new karier!!

Anna pun dah lama tak muncul dikaca tv..dan sblm ajieb jumpa masa tu..dia baru je jadi part time dj kat XFM...

Yang penting, beberapa hari seblum tahun baru..anna ada cakap dengan ajieb..dia baru je dapat keje baru iaitu pengacara untuk Malaysia Hari Ini..wah..hebat gitu...hanya orang yang terpilih je boleh jadi macam Anna...

Anna pun cakap..selain pengacara MHI mulai hari ini..dia juga automatikly jadi broadcast wartawan untuk media prima..

Inilah namanya rezeki..dah lama menyepi dan sekali nak bangkit dari tidor..banyak tawaran yang datang..

Tahniah Anna..moga2 ana terus berjaya...Jangan lupa kawan ye.

Drama Korea Baru Yg lebih kurang ceritanya!

1 comments
Setiap hari ajieb tak habis-habis tengok cerita korea..dan sekarang ni bile habis tengok je ajieb terus pergi kedai beli baru..

2 hari lepas ajieb baru je habis tgk 2 cerita baru..satu tajuk dream dan satu lagi tajuk dia adalah Heading to the ground...kedua2 citer ni adalah baru dan belum lagi ditayangkan di tv.


Cerita sedap yang lebih kurang sama. Kanan (Dream) Kiri (Heading To The Ground)


tapi ajieb dah habis tengok cerita ni,.kedua cerita ni sangatlah sedap..ajieb ckp citer ni same sebab dua2 pasal sukan..dream pasal sukan tinju dan Heading To Ground pasal bola sepak.lagi satu persamaan pasal kerjaya agent sukan..

Poster drama Heading to the ground.

Masa tengok cerita ni..ajieb teringat susah payah pr dan manager artis yang menjaga dan menjual nama mereka..bagi peminat artis..anda perlu tengok kedua cerita ni..boleh tahu pengorbanan seseorang..dan yang penting ajieb nak cakap..jangan menilai seseorang berdasarkan luaran saja..kenal betul-betul baru kita tahu siapa yang benar dan salah..

Pelakon dalam drama Dream..Kanan sekali adalah Kim Bum.

Yang penting..ajieb puji sangat lakonan Kim Bun dlm cerita ini..dia memang pandai berlakon dan wataknya lebih bagus berbanding dalam Boys Over Flower..Dan heroen untuk cerita Heading to the ground pula sama dengan cerita who are you..dia comel..

jadi kepada yang meminati korea atau nak mula minat..boleh lah tengok cerita ni..gerenti beres ceritanya...btw..ajieb dapat tahu kedua2 cerita ni dah sold out kat kedai yang ajieb beli tu...

Selamat menonton.

AKIM atau FAIZAL TAHIR menang Juara Lagu?

2 comments
Pada hujung minggu depan iaitu Sabtu dan Ahad, 9 dan 10 Januari..bagi mereka yang ingin menjadi artis atau penyanyi sudah tentu sedang bersiap sedia menghadiri uji bakat AF8 yang akan dijalankan di Stadium Bukit Jalil..

Ajieb pula akan memulakan penggambaran program baru pada hari tersebut..selain menantikan uji bakat AF8..pada 10 Januari 2010..semua orang teruja nak tahu siapakah bakal menang untuk anugerah juara lagu 2009..byk juga ramalan yang telah dibuat..

Sebagai manusia biasa..ajieb merasakan Akim dan Faizal Tahir berpeluang cerah untuk menangi tempat pertama atau kedua..Bagi ajieb lagu Bengang nyanyian akim memang best manakala lagu Faizal Tahir, Bencinta pun ada kekuatan dan persamaan dengan lagu bengang..


Vokal dan lagu Akim (kiri) dan Faizal Tahir sama mantap!!!

Bagaimanapun, kemungkinan juga alyah boleh berada di 3 tangga teratas sebab lagu Tak Mungkin Kerna Sayang memang sedap dan boleh dikategorikan sebagai lagu berhantu..Tapikan..jangan lepas pandang pada misha omar yang menyanyikan lagu Cinta Adam Dan Hawa..yelah lagu ni kan pernah menang masa AIM tahun lepas...

Manalah tahu boleh menang lagi...Selain itu, lagu Masih Jelas pun ada peluang sebab lagu tu sedap dan gandingan AD samad dan Aidit Alfian adalah gandingan yang baru dan terbaik buat masa ini,..tambahan pula dengan vokal Hafiz...

Sebenarnya tak tahu lah..itu semua rezeki...yang lain pun ada berpeluang cerah..mana tahu Hujan, Bunkface dan Yuna boleh terus mewarisi bintang indie yang menyinar di juara lagu..siapa tahukan..heheheheh


PS: Ini hanya pendapat tau..ajieb tak berpihak pada mana-mana artis yang bertanding.

Selamat Pengantin Baru Bonie & Farah ERA FM

2 comments
Hari nie..hari pertama dalam 2010..ajieb mengharap apa yang dilakukan menambah keberkatan. Mungkin korang semua terkejut dengan design baru blog ajieb..kalo nak tahu..ada banyak design ajieb cuba..dan ajieb rasa ni yang paling sesuai dan ajieb suka...

Bagi memulakan artikel pertama ini..ajieb ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada 2 rakan ajieb iaitu Bonie dan Farah dari Era FM..Kalo siapa yg selalu tgk murai..bonie adalah photografer murai..hari ni dia dah selamat dinikahkan dengan isterinya bernama fida..

Bonie dinikahkan di kampung fida iaitu Sarawak..Manakala kawan ajieb sorang lagi ni adalah web producer untuk era fm..tahniah sebab dah jadi isteri orang..tak lupa juga kepada mak cik ajieb yang kahwin hari ni juga (1 Jan 2010)..sorry tak dapat balik,.sebab ada keje yang perlu dijalankan...


  (Foto ni bonie yang amik) Dari kiri: Kak Dila, Ajieb, Anje dan Hafiz (adikku).

Selain itu, ajieb nak berterima kasih kepada Kak Dila dan Anje yang telah make-up ajieb untuk montaj program baru yang berkaitan AF..thanks sebab ajieb nampak lain...Harap sokongan Kak Dila berterusan ye...

Sekali lagi..harap semua suka dengan stail blog ajieb yang baru ni...selamat tahun baru...