.

.

Foto futsal yang tertinggal...

1 comments

tengah bersedia nak ambil gambar.



dengan team lawan...selebriti kosmo.



masa untuk buka hadiah..horeey walaupun kalah..

Seronoknya Futsal Walaupun Ajieb......

3 comments

Inilah team fantastik murai.

Hai semua...ha..ahad malam ari tu ajieb pergilah ke sport planet untuk futsal kosmo...hehe..ajieb dah bagi tahu korang kan..team murai sepatutnya diwakili oleh Hafiz, Mila, Yazid, Akim, Aril, Ika Nabila, Anita Baharom dan Amar...tapi bila tiba waktunya hanya Hafiz, Aril, Akim, Amar, Anita bAharom yang tak berubah..tempat yazid dan Mila pulak digantikan Stacy dan Chaq..manakala ajieb pula kene ganti Ika...


Kita orang mainlah suka-suka..tapi tak sangka kene lawan team media yang kuat giler..mula-mula seri tapi kalah sebab penalti...tak kisahlah..yang penting kita orang semua nak suka-suka....terima kasihlah kepada semua yang bagi sokongan..next time boleh join lagi ye..

Jom Main Paintball

0 comments

Hi semua, lupa nak bagi...esok pagi sebelum ajieb turun padang ke shah alam pi futsal kosmo uruskan team murai..ajieb pagi2 lagi akan ada kat astaka pj untuk main paintball anjuran sinar fm..ramai juga yang main..dan ini kali kedua main...masa kali pertama main dulu, shawal main dalam team ajieb....kita orang dapat tempat ke-3....kali ni ajieb dengar semua penyampai sinar ada dan pelakon sedang top remy ishak pun ada...jadi kalo nak datang tengok jom la...kat padang astaka yang dekat dengan amcorp mall...

Jom Pi Shah Alam Meriahkan Futsal

0 comments
Hai semua, Ahad ni free tak? Kalo free jomlah join ajieb kita pi Sport Planet Shah Alam...Ajieb akan ada kat sana dari kul 2 sampai malam..korang datanglah meriahkan dan sorak pasukan murai...kat bawah ni adalah pemain yang mewakili team murai...



Lepas tu kalo korang nak jadi pasukan sorak murai hantarlah penyertaan sekarang..nak tahu syaratnya bacalah kat murai...tak pun hantar terus emel ke webmaster@murai.com.my.

Datang tau jangan tak datang..leh kita borak2...Itu pun kalo ada yang sudi..

Pilih calon Boy Over Flowers Malaysia!

4 comments
Andaikata cerita dan hajat ajieb ni termakbul..siapakah yang layak jadi 4 tunjang utama ye...ajieb ada senaraikan..rasanya saper yang sesuai..pilihlah...kalo ada cadangan boleh letak sekali



Ini cadangan dari ajieb..mcm mana dari anda?

Nak buat Boy Over Flowers versi melayu.

2 comments
Dulu..ajieb selalu perli sepupu ajieb asyik tengok cerita korean dan taiwan..sekarang..ajieb pula jadi hantu dengan cerita macam ni...setakat ni, ajieb suka sangat dengan cerita korea boy over flowers kerana cerita ini ada 3 versi iaitu jepun, korea dan taiwan.

Versi korea boy over flower, jepun tak ingat la pulak tajuknya dan taiwan dah semestinya meteor garden..antara 3 versi ni ajieb suka yang korea lah..walaupun sama jalan cerita ini tapi garapan cerita jauh beza dan korea punya is the best..




Inilah foto cerita sama berlainan versi...

Ajieb teringin sangat nak produce cerita ni versi malaysia..dan terpikir saperlah sesuai untuk buat. dalam minda ajieb...ezad sesuai produce citer ni..ajieb pun kalo boleh nak buat skrip and berlakon dalam citer ni...

Harap2 impian ajieb ni menjadi..tapi saper pulak yang layak jadi 4 hero ni..akim, aril, dafi, kamal adli, aaron aziz atau siapa eik..ajieb sekadar lontarkan idea. korang ada calon sesuai?

yang penting, ajieb rasa untuk watak perempuan ramai yang sesuai...

Ajieb tak layak la jadi antara 4 ni..sebab ajieb tak hensem...heheheheh

Doakanlah semoga ada versi melayu..gerenti meletup...

Kali pertama jumpe angkasawan negara di opis dia

1 comments


Bergambar di meja pejabat angkasawan.


Dia hensem, tinggi, besar dan baik.Sopan santun gitu!

Percutian di Redang dengan officemates

0 comments

Masa on the way nak ke redang..sukenya..kata jason n alvin.


Saje test camera shot..aku dengan jason jual baju aku..hahahah


Team murai pakai baju sekolah..hehe comel tak ajieb?


Dengan gadis office yang paling cantik..tapi dah takde dah..berhenti keje.


Tema main hujan tapi menang tau!


Seronok lepas dah gred yehaa!!!

Sekitar shooting drama Gila Gajet

0 comments

Dengan make-up artiste and AP Gila Gajet.


Bersama ibu Maimunah..pertama kali berlakon dengan dia..seram juga wei.


Tengah syok berlakon..


Dengan pelakon2 citer ni la..Bell utama..very the 1Malaysia.



Inilah dia orangnya..director yang suruh ajieb terus berlakon..Fauzi Nawawi.

Rakaman talkshow muzik kita

0 comments

Produser Iha yang bagi Hadiah yang percaya dengan bakat ajieb..thanks Iha.



Bersama krew dan artis yang terlibat..ada Hafiz Hamidun, Muhram dan Julia.

Kali pertama jumpa bintang AF6

0 comments

Best dapat bergambar masa dia orang fresh keluar dari AF6..Sehari selepas habis AF6 tau.


Famili murai pun happy jumpa dia orang semua..


Ini dia sue..sampai sekarang masih cekal jaga bintang AF..

Bersama Rakan Media Di Ujibakat AF6 di Sabah

0 comments

Dengan kuntum...yang sekarang dah tak jadi wartawan.


Sempat bershopping di pekan sabah.


Teman Shima beli Ikan Masin Terubuk.


Lepas cover audition..Bebas boleh jalan2.


Posing lagi..Juan Danza di belakang ajieb..


Kat airport...pon sempat posing..

Kenangan berjumpa kawan di AF6

1 comments

Lepas tengok konsert lepak minum..Masing2 tengah tengok ulangan konsert AF6.


KakakKu watie..lama tak jumpa..thanks coz selalu sokong adikmu ini.


Farid pun dah lama tak jumpa.



Ejul pun tak tahu apa citer...


Zura pun dah tak tahu kemana menghilang.

Apa kaitan mereka dengan Ajieb?

1 comments



Mesti anda semua pelikkan? kenapa ajieb letak foto mereka dalam blog ajieb..bukannya apa..ni semua adalah artis yang pernah orang bagi pendapat sama dengan ajieb...apapun..sesiapa yang terbaca jangan lah marah..ajieb bukannya syok sendiri tetapi sekadar berkongsi pada orang terhadap mereka..

Kalau anda nak tahu..masa ajieb belajar dulu, kengkawan semua cakap ajieb ada muka yassin...pelikkan tang mana tah...apapun ajieb terima sebab itu satu pujian..dan ajieb pun kagum dengan yassin yang selalunya buat lagu best-best...

Selain Yassin, Ajieb juga pernah disamakan rupa dengan Anuar Zain..Wah terkejut betul bila disamakan dengan orang yang antara paling kacak kat Malaysia. Bukannya apa, ajieb ni bukannya hensem..tapi terima kasih kepada yang memberi pandangan itu..ajieb cukup kagum dengan abang nuar yang ada vokal mantap..

Ha...kekadang tu, ajieb suka pakai topi pi keluar jalan-jalan...ada suatu ketika ajieb dikatakan macam hazami...tapi ajieb suka dengan suara hazami yang macam2 stail...

Adam AF pun ajieb pernah dikatakan sama rupa..tang mana eik? Adam tu kan hensem..tapi ni selalu bila ajieb pakai spek dan cap jugalah...Ajieb suka adam bila menari..showmain ship bagus.

Bang Norman kru...orang yang paling banyak dikataka sama dengan ajieb...setahu ajieb tak de sama pun..abang norman tu hebat orangnya...muka pun dia ada muka mix..ajieb ni jawa je...tapi ajieb kagum dengan abang norman yang semakin lama makin berjaya..nak juga jadi macam dia...

Terakhir sekali adalah idola ajieb dalam bidang pengacaraan...Pak Nil..sekrang ni setiap kali ajieb habis buat job emcee..orang selalu cakap sama cara dengan dia...ajieb rasa dihormati dan demi Allah..ajieb tak de niat nak tiru dia..ajieb hormat dan kagum dengan pak nil..tak de orang lain boleh ganti kreadibiliti dia...tahniah pak nil..lepas tu...masa raya ari tu..ramai cakap muka ajieb macam pak nil...tak kisahlah orang nak cakap apa pun..yang penting ajieb hormat dengan Pak Nil..Terukan usaha pak nil ye..ajieb akan sokong pak nil terus...

Yang penting, sekali lagi yang ajieb nak cakap..apa yang ajieb kongsi ari ni bukannya apa2. ajieb harap semua faham niat ajieb..dan ajieb memang terharu dan kagum dengan kejayaan mereka..selain mereka ada juga artis lelaki lain yang disamakan...bagaimanapun, ajieb terima seadanya..ajieb akan cuba jadi diri ajieb dan thanks to everyone yang selalu sokong ajieb...

Kad Kahwin Menarik, Murah & Mudah!

0 comments
Akum semua, sebelum ni ajieb pernah cakap dengan korang ajieb nak buat kad kahwin macam mana kan? Itu pun pada sesiapa yang ingat lagi...

Apapun, baru-baru ni ajieb jumpe balik kawan masa belajar kat Uitm dulu...sekarang dia dah kahwin dan pasangan ini adalah kawan ajieb..dua2nya sekali..baik lelaki dan perempuan...

Sekarang ni mereka berdua sibuk buat bisnes online..tapi bisnes kad kahwin..dari dulu ajieb memang suka dengan design mereka..simple tapi menarik...sebab tulah ajieb suka dengan kad kahwin rekaan dia orang....

Tak caya tengoklah kad bawah ni..ni antaranya lah..tapi kalo korang semua nak tengok blog la pi blog dia orang..ni linknya http://indiekad.blogspot.com/

Selamat menempah nya...ajieb gerenti layanan baik dan design lain dari lain...mengalahkan artis..harga pun murah dan cara tempahan pun mudah..so apa tunggu lagi...

Tatapilah antara design yang ajieb suka...


Kad kahwin ni kelas sangat..




Ni pun simple..



Ini paper beg tau...

Siapa nak jadi talent video klip artis?

0 comments


Mengikut planning, tak lama lagi ajieb kena jadi pelakon dan kene menari sikit dalam klip video artis baru Sabhi atau dulu orang kenal dengan nama boy esdco (Kumpulan Adam AF2).

Ajieb diberitahu...untuk klip video ni, mereka memerlukan talent atau xtra untuk meramaikan klip video tersebut untuk menjadi penonton...dan saper yang jadi tu akan diambil gambarnya..

Namun, ajieb difahamkan tiada bayaran untuk jadi xtra ini..tapi makan dan minum akan disediakan...Untuk itu, ajieb menyeru kepada semua kengkawan yang berminat bagilah tahu ajieb atau email minat anda itu pada aajieb@gmail.com...

Anda bukan saja tolong sabhi tapi turut menolong ajieb yang kembali jadi model klip video...

Inilah si Sabhi tu..Ajieb dapat gambar dia dari FB dia..

Oklah kalu korang semua nak tahu macam mana lagu sabhi tu klik lah di sini

Teaser Gemerlapan nyanyian Sabhi
http://www.youtube.com/watch?v=Q5PxCvA3lHU

Ok tak Profil Ajieb ni?

0 comments


Dalam 2 minggu lagi..ajieb akan buat photoshoot untuk gambar profil baru ajieb..Bagaimanapun, kawan ajieb suruh ajieb update segera profil ajieb...jadi untuk tidak mengecewakan pihak tertentu ajieb pun updatelah n buat sendiri...


Ini MS pertama

Apapun, profil ni keuntungan pada ajieb sendiri. Kalau ada rezeki insya-allah..apapun, tunggu ye nanti ajieb akan letakkan hasil gambar photoshoot yang baru...



Ini ms 2...wajah2 ku..